Siap Baling Cincin! Pempengaruh Kecewa, Staf Kedai Emas Beri Layanan Buruk -“Ingat Takda Duit?”

19 Mar 2025 • 11:39 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Usahawan yang juga pempengaruh kecewa selepas berdepan dengan layanan kurang memuaskan ketika mengunjungi sebuah kedai emas baru-baru ini.

Dia yang dikenali Syed Muhammad Shah Hasif atau Prince Syed berkata, tujuannya membeli barang kemas adalah sebagai hadiah buat isteri tercinta, Fatin Syazwani Ishak, sempena Aidilfitri yang bakal tiba.

Menerusi video yang dikongsi di TikTok, beliau mendakwa sudah memperuntukkan hampir RM90,000 untuk membeli set barang kemas tersebut.

image is not available

image is not available

Pempengaruh Kecewa, Staf Kedai Emas Beri Layanan Buruk

Menerusi rakaman yang dikongsi kedengaran suara staf berkenaan yang kurang mesra, selain dilihat seolah-olah ‘membaling’ cincin emas yang ingin dicuba oleh isterinya.

“Menyesal aku datang sini hari ni, padahal hari ni aku budget hampir RM90,000 untuk shopping set-set emas untuk isteri aku buat raya kali ni sebab wife berkenan nak cari design bunga-bunga pula.
“Baru tanya pasal cincin tapi layanan macam hampeh, kurang ajar. Kenapa? Kau tengok aku pakai simple macam ni kau ingat aku tak ada duit ke?
“Staf perempuan tu memang silaplah buat customer macam aku ni teruk macam ni,”luahnya.

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan marah terhadap insiden yang menimpa pasangan pempengaruh itu, selain mendesak kedai emas berkenaan untuk membuat permohonan maaf.

image is not available image is not available image is not available

Dalam perkembangan terbaharu, jurucakap kedai emas itu berkata, tindakan telah pun diambil terhadap staf yang terbabit.

“Kami ingin memohon maaf di atas perkhidmatan yang tidak memuaskan yang telah diberikan oleh salah seorang staf kami, yang baru-baru ini (viral) di TikTok.
“Staf yang terlibat telah dipindahkan ke jabatan lain sementara perkara ini dalam siasatan.
“Jika perkara ini dilaporkan pada ketika itu, kami akan dengan kadar segera selesaikan situasi yang berlaku.
“Sekali lagi kami mohon tulus ikhlas atas apa yang berlaku,” ujar pihak kedai emas berkenaan.

Sumber: TikTok prince.syed.shahid