Siap Bawa Teman Wanita? Kereta GT-R Rupanya Sewa, Disita JPJ Atas Dua Kesalahan

LocalCars
3 Dec 2025 • 11:49 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sebuah kereta mewah Nissan GT-R disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati dipandu dengan lesen tamat tempoh dan tanpa insurans di susur keluar MRR2 dari Tol Gombak menuju Batu Caves, Selangor pada Ahad lalu.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) memaklumkan, kenderaan tersebut merupakan kereta sewa yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan.

“JPJ WPKL mengambil tindakan penyitaan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut undang-undang,” tulisnya pada Isnin.

image is not available

Hantaran itu memaparkan pemandu berkenaan dan seorang wanita dipercayai penumpang bahagian hadapan sedang berurusan bersama anggota JPJ yang bertugas.

image is not available

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, segelintir netizen mendakwa wanita terbabit adalah teman wanita kepada si pemandu, sekali gus menyifatkan situasi seperti itu seolah-olah memalukan diri sendiri.

Sewa kereta untuk bawa teman wanita?

image is not available

Tak malu ke?

image is not available

Sementara itu, JPJ menegaskan bahawa pihaknya sentiasa memantau kepatuhan undang-undang jalan raya dan memberi perhatian serius terhadap aduan orang awam.

“Sebarang aduan kesalahan lalulintas, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan,” ujarnya.

image is not available

Sumber: Facebook JPJ WPKL

The post Siap Bawa Teman Wanita? Kereta GT-R Rupanya Sewa, Disita JPJ Atas Dua Kesalahan appeared first on Borak Daily.