“Siap bawak luggage”- Netizen Terhibur Lihat Gelagat Atu Zero Ketika Main Badminton Lawan Indonesia Di Acara Tepok Bulu 2023

Entertainment
19 Nov 2023 • 11:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, pelawak terkenal Malaysia, Atu Zero telah menjadi perhatian warganet di platform media sosial TikTok apabila gelagatnya ketika bermain badminton melawan artis Indonesia telah menghiburkan ramai netizen.

Difahamkan, Atu telah menyertai pertandingan badminton “Vindes Tepok Bulu 2023” anjuran artis Indonesia, Vincent Rompies dan Desta Mahendra pada 17 November lalu.

Atu dan influencer, Atita Haris telah menjadi wakil Malaysia dalam kategori beregu campuran dalam acara tersebut.

Mereka berdua telah melawan artis Indonesia iaitu penyanyi, Ziva Magnolya dan pelakon Arya Saloka.

Sebelum pertandingan tersebut bermula, Atu telah menjadi perhatian kerana dia telah membawa beg bagasi sedangkan atlet badminton biasanya akan membawa beg sukan ke gelanggang.

Manakala ketika pertandingan pula, Atu masih sempat menyikat rambutnya dan memakai bedak Carrie Junior.

Buat hal betul Atu ni kan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.