‘Siap cuci pinggan, ambil order’ – Datin Alyah dipuji tak kekok tolong peniaga kedai makan di Melaka

LocalEntertainment
13 Nov 2024 • 11:16 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Penyanyi Datin Alyah dipuji ramai kerana sikap ringan tulangnya membantu peniaga di sebuah kedai makan menguruskan kedai termasuklah mencuci pinggan.

Kongsinya, semasa berkunjung ke Melaka, dia mahu ke kedai makan dan mendapati kebanyakan kedai penuh dengan pelanggan.

@alyah81official

cuti2 ni kita ke Melaka kg Arwah Apak saya.Kedai makan yg kita orang nak pg semua PENUH.Terjumpa kedai yg sunyi ini.Skali dia tak ada pekerja da.sbb masing2 dah lapa meh kita tlg kak ngan abg kat kedai makan ni area kat masjid tanah…siapa tahu kedai ni? #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypage

♬ original sound – alyah81official – alyah81official

Alyah yang juga merupakan isteri kepada Dato’ Ramli M.S dan keluarganya kemudian memilih sebuah kedai di Masjid Tanah.

Sampai sahaja di kedai itu, dia dimaklumkan kedai berkenaan tiada pekerja. Oleh kerana mereka sudah lapar, Alyah bertindak membantu peniaga berkenaan mengambil pesanan makanan, membawa makanan ke meja dan juga mencuci pinggan di dapur.

“Cuti-cuti ni kita ke Melaka kampung arwah Apak saya. Kedai makan yang kita orang nak pergi semua penuh.Terjumpa kedai yang sunyi ini. Sekali dia tak ada pekerja daa.

“Sebab masing-masing dah lapar, meh kita tolong kak dengan abang kat kedai makan ni area kat Masji Tanah,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji sikap Alyah yang dilihat tidak kekok membantu peniaga berkenaan selain memudahkan urusan peniaga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved