“Siap dapat medal!” – Tangan Dalam Poket, Atlet Menembak Turki Berusia 51 Tahun Tarik Perhatian Netizen

Entertainment
1 Aug 2024 • 1:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Meskipun pembukaan Olimpik kali ini mengundang pelbagai respon tetapi kita tidak boleh nafikan pelbagai ragam yang ditonjolkan oleh atlet-atlet antarabangsa.

Terbaru, seorang atlet menembak Turki menarik perhatian netizen dek kerana gayanya yang kelihatan sungguh santai dan sedikit berbeza daripada atlet menembak yang lain.

Yusuf Dikeç yang berusia 51 tahun itu merupakan wakil negara Turki bagi acara 100 meter kategori campuran bersama regunya, Sevval Ilayda Tarhan.

Apa yang menarik perhatian, tidak seperti penembak lain, Yusuf tidak memakai cermin mata khas atau penutup telinga ketika menembak, sebaliknya dia hanya memakai cermin mata biasa tanpa peralatan lain.

Lebih manis lagi, regu itu berjaya mencatat sejarah buat negara Turki dan menyumbang pingat perak buat julung kalinya di Olimpik untuk acara menembak.

Sebagai info, pada tahun 2001, Yusuf mula berkecimpung dengan sukan menembak, sejak itu, dia banyak bersaing dalam pasukan kebangsaan tentera dan juga dalam pasukan kebangsaan.

Beliau mendapat pendidikan dalam pendidikan jasmani dan sukan di Universiti Gazi di Ankara, Turki.

Sumber: Sinar Daily

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.