“Siap dapat pingat” – Netizen Terhibur Lihat Nadia AF6 & Suami Beregu Dalam Acara ‘Lipat Kain Bergunung’

Entertainment
28 Jun 2024 • 3:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Cuba check pakaian korang dekat rumah, semua dah dilipat dan disimpan dalam almari atau masih dibiar berlonggok atas sofa? Kalau berlonggok lagi, mungkin korang boleh cuba cara yang dilakukan oleh seorang TikToker ini.

Acara beregu ‘lipat kain’?

Menerusi satu hantaran oleh seorang TikToker @nadiahasnan2 yang juga seorang pengacara dan bekas peserta Akademi Fantasia 6, dia dan suami bersama-sama melipat longgokan pakaian yang sudah menggunung.

Untuk menjadikan suasana lebih mencabar dan menarik, mereka berdua telah mengeset tempoh masa selama 15 minit untuk kesemua pakaian itu siap dilipat. Nak feeling macam sedang bertanding, video itu diiringi dengan suara Nadia sebagai pengacara dan muzik seperti di acara sukan.

Kembali lagi dengan kategori berikutnya iaitu beregu. Berbekalkan 15 minit untuk menyelesaikan empat bakul baju. Atlet negara kita Nadia Hasnan dan pasangannya Hafiz Hamdan, mampukah mereka?

Sama seperti pengacara sukan, suara tersebut ‘mengejar’ waktu yang masih berbaki selain longgokan pakaian sudah tidak kelihatan. Akhirnya, mereka berjaya melipat kesemua kain tersebut dan berjaya memperoleh pingat emas dalam ‘acara’ tersebut.

@nadiahasnan2

Regu lipat kain kembali lagii! Kali ini Malaysia mempertaruhkan dua orang atlet bagi mengharumkan nama negara. Berjayakah mereka? #nadiadanapit #apitdannadia #couplecomedy #couplestiktok #couplehumor #couple #husbandwife #couplechallenge #regulipatkain #acaralipatbaju .. Video kejohanan acara lipat baju kategori single sudah pinned.Majulah sukan utk negara

♬ original sound – NADIAHASNAN – NADIAHASNAN

“Boleh buat acara ni..”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat acara itu dan mengganggap ianya langkah terbaik untuk tidak menangguhkan kerja melipat pakaian.

image is not available image is not available

Netizen yang lain turut bergurau seakan-akan mereka juga menyertai ‘acara’ yang sama dan menceritakan pengalaman masing-masing.

image is not available

image is not available

Boleh buat cara ni… kalau tak sejam dua baru settle semua baju..

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article