“WhatsApp saya hanya seen” – Jofliam Luah Rasa Sedih, Anak Masih ‘Disorok’ Lepas 11 Hari?

Entertainment
8 Nov 2024 • 3:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Drama di antara Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam masih berlarutan sehingga ke hari ini.

Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya, Jofliam mendakwa dia sudah 11 hari tidak bertemu dengan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki.

Dalam IG Story itu, Jofliam yang juga seorang chef piza itu mendedahkan tangkap layar perbualan WhatsApp yang tidak dibalas.

image is not available

“Mata saya Lebam? Ya. Saya rindukan anak-anak saya. Masuk hari ke 11 anak-anak disorok dari saya, last saya WhatsApp hari Selasa lepas.

Setiap WhatsApp saya hanya seen dan di block dari pihak sana,” tulisnya.

Dalam hantaran IG Story seterusnya, Jofliam berkongsi tangkap layan WhatsApp chat kepada anaknya, Han yang tidak dibalas.

image is not available

Pun begitu, setakat artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang update jika Jofliam sudah bertemu dengan dua anaknya itu ataupun tidak.

Sebagai info, Cik Epal dan Jofliam bercerai selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga bersama, perceraian mereka disahkan Oktober lalu namun tarikh sebenar tidak didedahkan.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.