“Siap guna lesung & santan kara lagi”- Mat Saleh Masak Kari Laksa Guna Cara Orang Malaysia Raih Pujian Netizen

Entertainment
2 Jul 2022 • 1:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Makanan-makanan di negara kita memang sedap-sedap kan. Beruntung rasanya jadi orang Malaysia ni. Ada roti canai, nasi lemak, pelbagai jenis laksa, kuey teow dan banyak lagi.

Namun, kali ini, seorang Mat Saleh telah dipuji oleh netizen Malaysia di TikTok selepas dia berjaya memasak laksa kari dengan menggunakan cara Malaysia. Siap guna lesung dan santan Kara lagi tau!

Video masakan itu telah dikongsikan menerusi akaun TikTok andy_cooks baru-baru ini. Dalam video yang berdurasi hampir seminit itu, dia dilihat bertanya kepada pasangannya nak makan apa.

Wanita itu kemudiannya cakap nak makan laksa kari. Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Andy kemudiannya menunaikan hasrat pasangannya untuk makan laksa kari.

image is not available

Apa yang menarik perhatian ramai netizen terutamanya pengguna TikTok di Malaysia, dia telah menggunakan bahan-bahan yang biasa digunakan di Malaysia seperti pes laksa buatan Malaysia, santan dan lesung batu untuk menumbuk bahan masakan.

image is not available

image is not available

Ramai antara mereka juga bangga kerana makanan Malaysia telah dikenali di peringkat antarabangsa.

image is not available

Selain itu, rata-rata netizen juga mengatakan laksa kari buatan lelaki ini kelihatan sedap sebab lengkap dengan udang dan taugeh.

Aduh, tiba-tiba berkeroncong pulak perut min ni. Teringin nak makan laksa jugak agaknya kot.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.