Siap Hadiahkan Pantun, Coldplay Akui Peminat Malaysia Antara Terbaik Di Dunia!

Music
23 Nov 2023 • 11:26 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kumpulan rock terkenal, Coldplay akui terkejut dengan sambutan luar biasa daripada puluhan ribu penonton yang hadir membanjiir konsert jelajah dunia Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur, di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi.

Vokalis Coldplay, Chris Martin berkata peminat Malaysia yang datang menonton konsert mereka adalah antara yang terbaik di dunia.

Malah, dia juga tidak menyangka Coldplay mempunyai ramai peminat di Malaysia.

“Kenapalah kami tidak berkunjung ke sini lebih awal? Selama lebih 20 tahun, orang pernah cakap penonton di sini adalah antara yang terbaik di dunia,” katanya.

image is not available

Malah, dia juga berterima kasih kepada peminat Coldplay di Malaysia yang setia menunggu, selain sanggup berhujan dan datang dari jauh demi bertemu mereka.

Ini dapat dilihat apabila ramai penonton tidak berganjak sehingga sanggup basah kuyup selain bersiap sedia memakai ‘baju hujan’.

“Terima kasih kerana sanggup berhujan, meredah trafik, datang demi kami, dan menyayangi kami. Ini hujan rahmat dan terima kasih setia menunggu 27 tahun,” katanya lagi.

@faqrulramlan

tetap pergi duduk luar stadium nak dengar coldplay walau hujan #coldplay #coldplaymalaysia #concert #fyp @coldplay

♬ original sound – sha? – siyan

Sememangnya penantian peminat bertemu Coldplay yang dianggotai Chris Martin, Johnny Buchland, Guy Berryman dan Will Champion adalah berbaloi dan pastinya menjadi pengalaman paling indah dalam hidup mereka.

Malah, kugiran rock itu juga menghadiakan pantun istimewa yang dipersembahkan oleh Chris Martis sendiri.

“Pergi ke kedai membeli sayur,

“Masak Tomyam bersama bonda,

“Coldplay sekarang di Kuala Lumpur,

‘Payung lagu favourite anda,” kongsinya.

Penonton juga disajikan dengan sesi pertunjukan letupan bunga api yang menghiasi kemerian persembahan selain pementasan yang penuh berwarna-warni dan prop menarik.

Antara lagu yang dipersembahkan adalah seperti Fix You, Yellow, The Scientist, Viva La Vida, My Universe, Clocks, In My Place, Paradise dan banyak lagi.

Untuk makluman, Malaysia merupakan destinasi terakhir bagi konsert jelajah dunia mereka pada tahun ini.

image is not available