Siap jilat pinggan! Usahawan kongsi pengalaman makan ‘fine dining’ RM12,800

LocalEntertainment
3 Oct 2024 • 8:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Usahawan kongsi pengalaman

Video usahawan kongsi pengalaman makan fine dining RM12,800 di platform TikTok miliknya telah mencuri perhatian ramai memandangkan pelbagai menu serta cara unik menikmati juadah ditunjukkan.

Video yang dikongsi usahawan jenama tudung terkenal, Haliza Maysuri di TikTok miliknya telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang kebanyakannya pertama kali melihat hal tersebut.

@halizamaysuri

Makan malam di restoran Gaggan of Louis Vuitton ini adalah satu pengalaman yang luar biasa dan tidak terlupakan. Dengan 21 menu dari seluruh dunia — India, Jepun, Eropah dan banyak lagi — setiap hidangan seperti perjalanan rollercoaster yang penuh kejutan! Dari cara makan yang kreatif, termasuk menjilat pinggan untuk menikmati rasa sepenuhnya, setiap menu disajikan dengan keunikan tersendiri. Selama 3 jam, kami dihidangkan dengan rasa, budaya dari setiap sudut dunia. #yangbaikjadikanteladan #yangtakbaikjadikantauladan

♬ original sound - Haliza Maysuri - Haliza Maysuri

Usahawan kongsi pengalaman makan fine dining di restoran jenama fesyen terkenal

Menerusi video berkenaan, dia memaklumkan telah dijemput restoran jenama fesyen terkemuka dunia ke Bangkok untuk merasai sendiri fine dining menu-menu yang disajikan di sana.

Selain disajikan aneka juadah, dia dan beberapa lagi individu telah diajar cara menikmati makanan-makanan tersebut.

Salah satunya adalah dengan menjilat makanan berkenaan dari pinggan dan juga merasai sajian menggunakan tangan.

“Makan malam di restoran Louis Vuitton ini adalah satu pengalaman yang luar biasa dan tidak terlupakan. Dengan 21 menu dari seluruh dunia — India, Jepun, Eropah dan banyak lagi — setiap hidangan seperti perjalanan rollercoaster yang penuh kejutan!” tulisnya.

Usahawan kongsi pengalaman, makan dengan cara jilat pinggan

Ujarnya lagi, dia telah menikmati makan malam tersebut selama tiga jam dan dapat merasai hidangan dari pelbagai rasa serta budaya dari pelbagai negara.

“Dari cara makan yang kreatif, termasuk menjilat pinggan untuk menikmati rasa sepenuhnya, setiap menu disajikan dengan keunikan tersendiri. Selama 3 jam, kami dihidangkan dengan rasa, budaya dari setiap sudut dunia” katanya lagi.

Patut orang kaya2 kurus, makan sikit gitu

Perkongsian yang dibuat oleh usahawan berkenaan telah menghadirkan pelbagai komen daripada netizen yang kebanyakkannya pertama kali melihat fine dining sebegitu.

Walaupun ada yang meninggalkan kecaman, namun terdapat juga yang memuji konten usahawan itu kerana memberi pengetahuan baru buat mereka yang tidak tahu cara makan serta hidangan golongan T20.

image is not available

Konsep apa ni makan jilat pinggan?

image is not available

Konten macam ni bagi kita ilmu baru

image is not available

Kalau orang ada duit, anggap ni satu pengalaman

image is not available

Menu disajikan halal

Dalam pada itu, Haliza turut menjelaskan makanan yang dinikmati semuanya halal memandangkan pihak restoran yang mengundangnya mengetahui bahawa dia beragama Islam.

image is not available

Apa-apa pun, konten seperti ini mungkin memberi ilmu baru buat kita semua jika dilihat dari sudut positif kerana tidak semua orang berkesempatan untuk merasai fine dining dengan harga yang cukup mewah tersebut.

Sumber: TikTok Haliza Maysuri