Selepas Sebulan Bergelar Ibu Bapa, MK K-Clique & Isteri Kongsi Nama Anak Pertama Berserta Maksud

4 Sep 2024 • 12:47 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selepas sebulan, isteri kepada penyanyi MK K-Klique iaitu Siti Hajaar menerusi TikTok berkongsi nama cahaya mata perempuan pertama mereka iaitu Aya Rayana.

Nama & Maksud

Malah, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 28, turut berkongsi nama Aya dan Rayana di laman Instagram miliknya sehingga mendapat perhatian netixen.

 

MK turut berkongsi makna dua nama tersebut yang membawa maksud memuji keagungan kuasa Allah S.W.T.

 

"Aya, bermaksud tanda dan bukti kebesaran Allah, al-Quran dan asal Arab.

 

"Rayana, bermaksud pintu Syurga,” kongsi MK.

 

Sementara itu, rata-rata wargamaya memuji pemilihan nama berkenaan yang cukup indah.

 

 

Imbas kembali, MK mendirikan rumah tangga dengan Siti Hajaar pada 16 Jun tahun lalu dan pasangan itu selamat menimang cahaya mata sulung perempuan pada 3 Ogos lalu.