![Image from: Siap Keluarkan Objek Dipercayai Besi, Wanita Dakwa Bapa Jadi Mangsa Buli Jalanan Pemandu Myvi [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/Pemandu-Myvi-Pembuli-Jalanan-Di-Bukit-Jambul-Pulau-Pinang-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Meskipun pelbagai peringatan telah dibuat, perbuatan buli di jalan raya (road bully) masih berlaku sehingga kini.
Entah mengapa, ada segelintir individu yang dilihat berani dan tidak takut melakukan perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain itu.
Wanita Dakwa Bapa Jadi Mangsa Buli, Wanita Minta Orang Ramai Cari Pemandu Myvi
Semalam (28 Mei), seorang wanita dalam satu hantaran di Threads meminta bantuan orang ramai untuk mencari pemandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi.
Kongsi wanita yang dikenali sebagai Fatin, bapanya menjadi mangsa buli jalan raya pemandu Myvi berkenaan di kawasan Bukit Jambul, Pulau Pinang.
Menerusi hantaran tersebut, Fatin turut berkongsi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan insiden terbabit.
Dalam rakaman itu, dapat dilihat bapanya memandu di lorong kanan jalan manakala Perodua Myvi itu berada di lorong kiri.
“Tolong viral dan cari owner kereta ni. Dia road bully ayah saya di area Bukit Jambul. Permulaannya dia nak masuk jalan orang tapi tak bagi signal. Ayah i jalan je la macam biasa,” kongsi pengguna terbabit.
Wanita Dakwa Pemandu Myvi Tak Beri Isyarat Tukar Lorong
Dakwa Fatin, pemandu Myvi terbabit cuba memasuki laluan bapanya namun tidak memberi isyarat.
“Permulaannya dia nak masuk jalan orang tapi tak bagi signal. Ayah saya jalan je la macam biasa,” tulisnya.
Namun menerusi rakaman yang dikongsikan, kelihatan kerja membaik pulih jalan sedang dilakukan pada lorong kiri laluan berkenaan.
Pemandu Myvi itu kemudiannya dilihat memberi isyarat dan masuk ke lorong kanan sebelum masuk semula ke lorong kiri.
Malah, Myvi itu sekali lagi dilihat memberi isyarat untuk menukar lorong dari kiri ke kanan.
Perodua Myvi Tiba-Tiba Berhenti, Siap Tunjuk Jari Tengah
Apa yang menjadi perhatian adalah pemandu Perodua Myvi itu tiba-tiba memberhentikan kenderaannya di tengah jalan.
Lebih mengejutkan, dia keluar dari kenderaannya itu dengan menunjukkan isyarat jari tengah sambil berkata sesuatu.
Pemandu Myvi Berhenti Di Bahu Jalan Sebelum Keluarkan Objek Dipercayai Paip Atau Batang Besi
Bukan itu sahaja, dia juga dilihat sengaja menekan brek sebelum berhenti di bahu jalan dan mengeluarkan objek yang dipercayai batang atau paip besi.
Pemandu Myvi berkenaan kemudiannya dilihat cuba mengejar kereta pemilik dashcam.
“Lepas dah bagi laluan dia boleh plak angkat jari then sengaja bawa laju-laju dan brek mengejut. Lepas tu dia berhenti kat bahu jalan dan keluarkan batang besi or paip besi nak pukul kereta ayah,” tulis pengguna terbabit.
Menerusi butiran pada rakaman video, kejadian berkenaan dipercayai berlaku pada 28 Mei kira-kira jam 11.32 pagi.
View on Threads
Warganet Mahu Pemilik Dashcam Buat Laporan Polis, Ambil Tindakan Terhadap Pemandu Myvi
Perkongsian yang telah mendapat lebih 151,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan pemandu Myvi terbabit.
Malah, ramai yang berpendapat agar bapa wanita berkenaan seharusnya membuat laporan polis agar tindakan dapat diambil terhadap pemandu Myvi terbabit.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Korang Ini Apa-Apa Pun Suka Viral Je. Viral Boleh Selesaikan Masalah Ke? Pergi Report Polis Je La”
![Image from: Siap Keluarkan Objek Dipercayai Besi, Wanita Dakwa Bapa Jadi Mangsa Buli Jalanan Pemandu Myvi [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/road-bully_1.jpg)
“Pembuli Jalanan, Siap Ada Video”
![Image from: Siap Keluarkan Objek Dipercayai Besi, Wanita Dakwa Bapa Jadi Mangsa Buli Jalanan Pemandu Myvi [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/road-bully_3.jpg)
“Tolonglah PDRM Ambil Tindakan. Ugutan Macam Ini Ancaman Kepada Masyarakat”
![Image from: Siap Keluarkan Objek Dipercayai Besi, Wanita Dakwa Bapa Jadi Mangsa Buli Jalanan Pemandu Myvi [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/road-bully_2-1.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Padan Kecik” – Pemandu Axia Jadi Pembuli Jalanan Dikecam, Sengaja Halang Laluan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Didakwa Pembuli Jalanan & Tunjuk Kad Kuasa Di Lebuh Raya DUKE, Polis Bantuan Disiasat
