Siap Kongsi Video! Warga Indonesia Menyorok Dalam Bot – “Terima Kasih Malaysia #balikkampung”

18 Nov 2025 • 3:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Satu video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini mengejutkan ramai pengguna media sosial. Dalam rakaman tersebut, seorang lelaki Indonesia bersama beberapa individu lain dilihat berbaring rapat di dalam sebuah bot, sambil ditutupi papan kayu di atas mereka dan kelihatan aksi mereka seakan cuba bersembunyi daripada pandangan luar.

image is not available

Artikel lain: PDRM Siasat Pemain Bola Sepak Indonesia Hina Anggota Semasa Pemeriksaan

Video itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Boi melalui akaun @kiboy2708 dengan kapsyen,

“Terima kasih Malaysia #balikkampung,” yang membuatkan ramai meneka bahawa individu berkenaan mungkin cuba pulang ke Indonesia secara haram.

image is not available

Rata-rata warganet memberi respon tegas. Ada yang menyeru pihak berkuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen, supaya menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya benar mereka adalah pendatang tanpa izin (PATI).

Selain itu, video tersebut turut menerima kecaman daripada sebahagian warga Indonesia sendiri, ada yang berkongsi pengalaman serupa sewaktu bekerja di Malaysia.

image is not available

Kejadian ini sekali lagi mencetuskan perbincangan hangat mengenai isu penyusupan warga asing secara haram, sekaligus menarik perhatian ramai pengguna media sosial.

Kenapa tak masuk secara sahimage is not available

Datang secara baik

image is not available

Lain macam tengok, tak takut ke?

image is not available

Sumber: TikTok @kiboy2708

The post Siap Kongsi Video! Warga Indonesia Menyorok Dalam Bot – “Terima Kasih Malaysia #balikkampung” appeared first on Borak Daily.