
Pelakon kontroversi, Ruhainies difahamkan bakal pulang ke tanah air tidak lama lagi selepas mengerjakan ibadah umrah di Mekah.
BACA: “Jangan Pandang Ringan Diam Diri Yang Terlalu Lama” – Hantaran Terbaru Ruhainies Undang Perhatian
Pada hari terakhir di sana, adiknya Asha Zainul sempat meluangkan masa berkongsi cerita dengan Ruhainies.
Menurut adik, dia sangat berbangga dengan kakaknya itu kerana ikhlas memaafkan orang yang bercakap buruk mengenainya.

Kata Asha Zainul lagi, meskipun dikecam teruk kakaknya hanya berdiam diri tanpa membalas segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan.

Meluahkan rasa sokongan, Asha dan keluarga akan terus berada di samping Ruhainies walaupun apa yang berlaku.
Asha berharap kakaknya dapat kekal tenang begini kerana hanya mereka mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


