Adik Luah Rasa Kagum Dengan Sikap Pemaaf Ruhainies – “Kakak Dah Maafkan Semua Orang Yang Fitnah Sana Sini”

Entertainment
19 Apr 2024 • 1:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon sensasi Ruhainies ada memuat naik semula hantaran Instagram Story adik perempuannya berhubung dengan kisah kontroversi yang melandanya sebelum ini.

Ruhainies dah maafkan orang yang memfitnahnya

Dalam hantaran IG Story itu, adik Ruhainies yang dikenali sebagai Asha menyatakan rasa kagum terhadap kakaknya itu yang kekal tenang dan mampu memaafkan orang yang menghinanya dengan seikhlas hati.

image is not available

Kakak, saya sangat mengagumi kakak. Kakak tetap mendiamkan diri setelah apa yang berlaku. Kakak ada beritahu saya yang kakak dah maafkan semua orang, orang yang bercakap buruk pada kakak. Fitnah sana sini.

Saya bangga dengan kakak. Mengikhlaskan diri memaafkan mereka tanpa berkata apa-apa merupakan perkara yang paling disanjungi! Subhanallah.

Keluarga lebih tahu apa yang terjadi

Tulis Asha lagi, dia dan ahli keluarga yang akan selalu bersama dengan Ruhainies kerana mereka lebih tahu apa yang terjadi.

Ruhainies kemudian menulis kapsyen di mana Allah lebih mengetahui segala perkara di sebalik kontroversi itu.

Cukup hanya Allah yang tahu apa yang ada di dalam hati. Terima kasih adi. Love you, you beautiful soul.

Terdahulu, aktres itu menjadi tumpuan apabila dia dilaporkan telah ditangkap khalwat bersama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 9 hours ago

(VIDEO) Rumah 'Baru' Zahirah MacWilson Dan Aiman Hakim Ridza Jadi Tumpuan, Peminat Puji Cantik - "Berbakat Aiman Jadi Kontraktor"