“Siap makan burger atas pentas” – Netizen Terharu Lihat Cakra Khan Bawa Eerah Atas Pentas

Entertainment
21 Feb 2024 • 11:11 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada 17 Februari lalu, bintang pop Indonesia, Cakra Khan telah mengadakan konsert A Decade Cakra Khan Live in Kuala Lumpur 2.0 yang bertempat di Plenary Hall, KLCC.

Konsert tersebut turut menampilkan penyanyi hebat tempatan iaitu Dayang Nurfaizah serta rakannya dari Indonesia iaitu Dato’ Rossa serta Judika.

Pun begitu, terdapat satu momen yang sangat indah ketika konsert itu berlangsung apabila terdapat video memaparkan Jaheerah yang merupakan gadis kelainan upaya (OKU) dan sering muncul di media sosial dek ketabahannya dalam membantu bapanya berniaga sedang humming lagu Cakra Khan.

Jaheerah atau lebih dikenali sebagai Eerah dalam video itu kemudiannya disapa oleh seorang wanita lain dan seterusnya berpeluang membuat panggilan video dengan pelantun lagu Kekasih Bayangan itu.

Apabila Cakra mula bernyanyi selepas tayangan video tersebut, tiba-tiba Eerah membuat kejutan dan muncul di atas pentas bersama bapanya, situasi itu membuatkan penyanyi Indonesia itu sebak dan kemudiannya menghentikan nyanyiannya.

Lebih membuatkan netizen terharu, Eerah juga membawa sebiji burger dan Cakra tanpa berfikir panjang terus menjamah makanan tersebut.

image is not available

Dalam pada itu, Cakra turut berkata Eerah banyak mengajarnya dalam memahami erti kesyukuran, serta keadaan seseorang itu tidak menjadi penghalang dalam mencari rezeki.

Terharunya!

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.