“Siap mengaku bujang” – Lelaki Tergamam Isteri Selamba Terjah Ketika Sedang ‘Dating’ Wanita Lain

Entertainment
27 Jun 2024 • 10:52 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perkara yang paling menyakitkan hati wanita adalah apabila mereka dicurangi oleh orang yang paling mereka sayang.

Tak semua boleh terima keadaan itu dengan hati yang tenang, namun video yang viral dari negara seberang ini membuatkan ramai di kalangan netizen salute dengan tindakan seorang wanita ini.

“Tergamam brader tu”

Menerusi video yang kini tular di X, ia memaparkan seorang isteri dilihat tenang duduk di sebelah suaminya yang sedang ‘dating’ dengan seorang wanita lain di sebuah kedai makan.

Meskipun lelaki itu kelihatan tergamam dan sedikit takut, isterinya dilihat masih boleh tersenyum dan bercakap dengan ‘pelakor’ yang duduk semeja dengan mereka.

Malah perempuan yang curang dengan suaminya juga memberitahu yang lelaki itu mengaku dirinya bujang dan tidak berkeluarga.

“Udah berapa lama (kenal) mbak?”

“Sebulan.”

Mereka kemudian bersalaman dan saling berkenalan di antara satu sama lain, sambil perkara itu disaksikan lelaki berkenaan yang duduk di tengah-tengah.

Video itu telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang memuji ketenangan si isteri dalam menghadapi situasi suami curang. Tak ada marah-marah atau jerit-jerit pun.

image is not available

Hebatnya jadi wanita yang tabah macam tu ya.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.