“Siap minum teh o ais” – Datuk Red Tenang Diasak Wartawan, Enggan Beri Jawapan Lepas Sah Bercerai

Entertainment
24 Apr 2024 • 12:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, pasangan sensasi Datuk Red dan penyanyi Adira Suhaimi sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor.

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar jam 9.39 pagi dan beliau mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.

Dalam laporan Berita Harian, ketika kes dibacakan Adnan kelihatan tunduk sayu dan Adira yang kelihatan tenang juga bersetuju tidak menuntut nafkah, pasangan itu bersalaman dalam dewan bicara sebelum bersurai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Ketika ditemui oleh para media di luar mahkamah, Datuk Red dilihat mengelak soalan wartawan dan hanya minum teh o ais yang dibungkusnya sebelum beredar dari perkarangan mahkamah dengan menunggang motosikal EX5 miliknya itu.

Sebagai info, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, Asan, Anggun dan Ayob.

Perkahwinan Adnan dengan isteri pertama yang juga dikenali sebagai Datin Red mempunyai lima cahaya mata.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.