“Siap perli aku kedekut” – Hidup Terabai Sejak Jadi Anak Yatim, Bila Dah Kerja Pakcik Datang Tuntut ‘Duit Poket’

LocalOpinion
7 Aug 2024 • 5:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sementara orang lain mendapat kasih sayang daripada ibu bapa dan menikmati kehidupan normal sebagai kanak-kanak yang berusia 9 tahun, lain pula dengan individu ini yang telah menjadi anak yatim.

Lebih malang lagi, dia diabaikan oleh pakcik yang sepetutnya menggalas tanggungjawab untuk menjaganya. Menurutnya sepanjang dia membesar pakciknya itu tidak pernah hulur duit.

Biarpun terpaksa bersusah payah dalam hidup, dia akhirnya berjaya dan kini sudah mendapat pekerjaan yang tetap, namun begitu, pakciknya muncul kembali dalam hidupnya untuk menagih ‘duit poket’.

Tidak cukup dengan itu, inividu ini turut disindir oleh pakciknya itu dengan mengatakan dirinya seorang yang kedekut sebab tidak pernah hulurkan duit kepadanya

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang bengang dengan sikap bapa saudaranya itu dan ramai yang meminta agar individu ini mengabaikan dengan sindiran dan permintaannya.

image is not available image is not available

Kadang-kadang orang paling toksik dalam hidup ini adalah keuarga sendiri, jadi abaikan sahaja dan fokus pada diri sendiri.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article