“Siap Suruh Kita Pindah!” – Wanita Berang 2 Tahun Hadap Kerenah Jiran Suka Siram Tahi Kucing Ke Longkang Rumah [Video]

10 Sep 2026 • 10:39 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Ammara berkongsi pengalaman buruk yang perlu dilaluinya selama dua tahun sepanjang berjiran dengan pemilik kucing yang tidak bertanggungjawab.

Wanita Tertekan 2 Tahun Hadap Perangai Jiran Biarkan Tahi Kucing Bertakung Dalam Longkang Depan Rumah

Dakwa wanita itu, jirannya membela banyak kucing dan meletakkan semuanya di dalam sangkar.

Namun apa yang membuat Ammara berang apabila tahi-tahi kucing yang terkumpul di dalam sangkar akan disiram masuk ke dalam longkang pemilik kucing itu dan dibiarkan mengalir ke longkang depan rumahnya.

Jiran Suruh Pindah Rumah, Tak Nak Terima Teguran

Dakwanya, dia telah pun menegur jiran atas perbuatannya itu. Namun kesudahannya, si jiran bersikap defensif dan memintanya untuk memindah rumah.

“Bila ditegur melenting suruh saya pindah rumah. Biadab betul. Kita tegur elok-elok dia bantai menganjing (menyindir kerana) tak puas hati,” kata Ammara.

Wanita Tertekan Tak Boleh Lepak Luar, Posmen Tegur Kawasan Rumah Yang Busuk

Tahi-tahi yang bertakung di dalam longkang sekaligus mencetuskan suasana tidak aman dan persekitaran rumah yang busuk. Disebabkan perkara itu, Ammara tidak boleh duduk di luar rumah atau bercucuk tanam.

Bahkan menurut Ammara, orang yang datang singgah ke rumahnya juga telah menegur bau busuk yang datang daripada longkang termasuklah geng-geng posmen.

“Tertekan saya. Nak lepak dekat luar tak boleh. Nak tanam bunga tak boleh. Bau busuk Ya Allah. Budak-budak posmen datang rumah pun cakap busuk teramat kesian diorang. Bukan sahaja busuk tapi boleh bawa penyakit,” luahnya.

View on Threads

Wanita Perlu Bersihkan Longkang Setiap Minggu Gara-gara Jiran Yang Bersikap Pentingkan Diri Sendiri

Jelasnya lagi, dia terpaksa membersihkan longkang setiap kali jiran menyiram najis kucing ke kawasan perparitan dan rutin itu berulang pada setiap minggu.

Mengikut cadangan orang ramai, Ammara berkata dia akan melaporkan perkara itu kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam masa terdekat.

Pemilik Haiwan Peliharaan Boleh Didenda RM1,000 Jika Sebabkan Gangguan Kepada Jiran

Untuk info, pemilik haiwan yang tidak bertanggungjawab boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 sekiranya didapati bersalah mencetuskan gangguan dan persekitaran kurang senang kepada jiran.

Ini seperti mana yang termaktub di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Dalam Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 80 menyebut sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) mendapati ada gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, PBT boleh menghapuskan, menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi,” jelas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam satu perkongsian sebelum ini.

Baca Artikel Berkaitan: Awas! Pemilik Kucing & Anjing Boleh Didenda Jika Si Bulus Berak Merata-rata Di Rumah Jiran

Bela Kucing Harus Tapi Boleh Jadi Haram Jika Timbulkan Gangguan Kepada Orang Awam

Mengikut hukum Islam pula, memelihara kucing adalah harus namun sebarang perbuatan yang menyebabkan terganggunya ketenteraman awam dan jiran tetangga boleh berubah menjadi haram.

Menurut bekas Mutfi Wilayah Perseketuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pemilik kucing wajib memberi perhatian dan mementingkan aspek kebersihan.

Ini kerana jika ada jiran yang tidak selesa, rasa terganggu atau tersakiti dengan perbuatan kucing peliharaan yang dibela, hukum harus itu boleh menjadi haram.

Baca Artikel Berkaitan: Bela Kucing Tapi Biar Si Bulus Berak Merata Hingga Ganggu Jiran? Ini Penjelasannya Dalam Islam

‘Kita Sayang Kucing, Tapi Kena Bertimbang Rasa Dengan Jiran’ – Netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai meluahkan rasa kecewa dengan sikap jiran yang mementingkan diri sendiri.

“Adoi bukan ke ada pasir yang boleh flush dalam jamban tu? Kalau buang (tahi kucing dalam longkang) macam ni sesiapa pun akan marah. Orang keluar nak hirup udara segar,” kata seorang pengguna Threads.

Malah ramai juga menegur golongan pemilik haiwan peliharaan agar sentiasa prihatin tentang keselesaan jiran-jiran.

“Kesian awak. Pemilik tak sediakan litter box ke untuk kucing tu? Saya ni punya gigih pagi, malam setiap hari sental porch (anjung) rumah dan sangkar kucing saya sebab takut jiran terbau.

“Kadang-kadang kena fikir, kita sayang kucing kita tapi tak semestinya orang lain pun kena faham cara kita nak membela. Tolong bertimbang rasa supaya tak ada yang sakit hati dengan kita,” ujar seorang wanita.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Siap Suruh Kita Pindah!” – Wanita Berang 2 Tahun Hadap Kerenah Jiran Suka Siram Tahi Kucing Ke Longkang Rumah [Video]
Image from: “Siap Suruh Kita Pindah!” – Wanita Berang 2 Tahun Hadap Kerenah Jiran Suka Siram Tahi Kucing Ke Longkang Rumah [Video]
Image from: “Siap Suruh Kita Pindah!” – Wanita Berang 2 Tahun Hadap Kerenah Jiran Suka Siram Tahi Kucing Ke Longkang Rumah [Video]
Image from: “Siap Suruh Kita Pindah!” – Wanita Berang 2 Tahun Hadap Kerenah Jiran Suka Siram Tahi Kucing Ke Longkang Rumah [Video]
Image from: “Siap Suruh Kita Pindah!” – Wanita Berang 2 Tahun Hadap Kerenah Jiran Suka Siram Tahi Kucing Ke Longkang Rumah [Video]
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Bela Kucing Tapi Nak Rumah Kekal Wangi? Ini Tips Yang Korang Patut Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Korang Nak Bela Kucing? Jom Semak Korang Ada Ke ‘Pawrent’ Material

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved