Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan ketika ini ramai yang menggunakan perkhidmatan penghantar makanan bagi memudahkan urusan harian selain menjimatkan masa.
Rider hantar makanan di rumah pelanggan jadi perhatian
Baru-baru ini seorang wanita turut menggunakan perkhidmatan yang sama sewaktu memesan makanan daripada sebuah restoran makanan segera di Serdang dan memuji kerajinan rider berkenaan.
Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang tular yang dikongsikan Filzah di Threads, awalnya kelihatan rider restoran itu berada di dalam tempat letak kereta untuk menghantar makanan yang dipesan.
Dalam video itu turut kelihatan rider berkenaan meletakkan bungkusan makanan di atas rak.
Susun semua kasut yang berselerak sebelum beredar dari rumah pelanggan
Namun apa yang menjadi perhatian adalah rider berkenaan kemudian bertindak menyusun kasut-kasut yang berada berdekatan rak terbabit selepas meletakkan semua bungkusan makanan yang dipesan.
Malah dia menyusun kesemua kasut dengan baik sebelum beredar meninggalkan rumah pelanggan itu.
Filzah yang melihat tindakan rider itu menerusi cctv kemudiannya memuji rider tersebut atas sifat ringan tulangnya serta memaklumkan perkara itu turut dilaporkan kepada majikan rider berkenaan.
Insiden tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 7.28 malam pada 6 Julai lalu.
View on Threads
Tindakan rider bersihkan rumah raih pelbagai reaksi
Melihat di ruangan komen, video tersebut kemudiannya mendapat pelbagai reaksi di kalangan orang ramai.
Ada yang memuji rider tersebut atas kerajinannya selain turut mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan atas perkara baik yang dilakukan.
Namun ada juga mendakwa rider berkenaan mungkin mempunyai masalah Obsessive-compulsive disorder (OCD) kerana menyusun kasut tersebut.
Akan tetapi ada yang tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut dan berpendapat OCD merupakan salah satu daripada masalah mental tetapi tindakan rider itu hanyalah seorang yang sukakan kekemasan dan tidak suka melihat benda bersepah atau berselerak.
“Sejenis tamak pahala ni. Sudahkan buat kerja ikhlas. Siap tolong susunkan kasut pelanggan lagi ni. Semoga segala urusan dia dipermudahkan macam mana dia mudahkan urusan orang lain.”
![Image from: Siap Tolong Susunkan Kasut Di Rumah Pelanggan, Rider Makanan Ringan Tulang Raih Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/rider-susun-kasut-1.jpg)
“Wek mesti dia orang yang pembersih dan pengemas”
![Image from: Siap Tolong Susunkan Kasut Di Rumah Pelanggan, Rider Makanan Ringan Tulang Raih Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/rider-susun-kasut-2.jpg)
“OCD ialah kalau dia melakukan benda yang sama berulang-kali. Contoh, kasut tu dia susun, tak okay senget sikit dia betulkan lagi.”
![Image from: Siap Tolong Susunkan Kasut Di Rumah Pelanggan, Rider Makanan Ringan Tulang Raih Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/rider-susun-kasut-3.jpg)
“Ramai cakap dia OCD, padahal OCD ni masalah mental. Apa yang saya nampak rider ni perfectionist. Dia sukakan kekemasan. Kalau OCD dia bertapa depan rak kasut tu buat ulang-ulang sampai puas hati.”
![Image from: Siap Tolong Susunkan Kasut Di Rumah Pelanggan, Rider Makanan Ringan Tulang Raih Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/rider-susun-kasut-4.jpg)

![“Sanggup Dia Gadaikan Nyawa” – Tindakan Rider Segera Tahan & Tutupkan Pintu Lori Terbuka Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/rider-berani-800x467.jpg?t=1781259859)