“Siap tukar nama Jimin Cheong”- Lelaki Ini Bedah Muka Jadi Oppa Untuk Elak Dicekup Polis

Entertainment
26 Feb 2023 • 4:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pembedahan plastik sememangnya tidak asing lagi dalam masyarakat di Korea Selatan hinggakan ada ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka untuk menjalani pembedahan agar wajah lebih cantik dan sekali gus dapat memberi masa depan yang lebih cerah kepada mereka.

Namun, seorang tokan dadah di Thailand ini pula telah beberapa kali menjalani pembedahan plastik supaya sama seperti lelaki Korea untuk mengelakkan dirinya daripada ditangkap oleh polis.

image is not available

Menurut Asia One, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Sarahat Sawangjaeng itu bukan sahaja telah mengubah wajahnya, malah dia turut menukar namanya menjadi Jimin Cheong.

Setelah melarikan diri pada Disember tahun lalu, dia akhirnya berjaya dicekup oleh polis setelah ada polis menyamar menjadi pembeli dadah.

Difahamkan, pihak polis yang menyerbu sebuah kondominium di Bangkok untuk menangkapnya terkejut melihat wajahnya yang telah berubah sehingga tiada langsung wajah aslinya.

Dia juga dikatakan telah mengubah wajahnya hingga menjadi lelaki Korea yang kacak.

image is not available
Wajah sebelum dibedah

Difahamkan, pihak polis sangat mengenali wajah aslinya sebelum dibedah kerana dia pernah ditangkap selama tiga kali sebelum ini.

Namun, sayangnya walaupun telah menjalani pembedahan plastik, dia tetap berjaya ditangkap oleh polis.

Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Sumber: Asia One

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.