Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads menyaksikan seorang penunggang motosikal yang melakukan aksi ‘wheelie’ dipercayai sekitar Alor Setar, Kedah.
Namun apa yang mengejutkan apabila dia melakukan aksi tersebut sambil membonceng seorang wanita dipercayai isterinya dan seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.
Malah penunggang kenderaan tiga roda itu turut bergelak ketawa bersama rakan-rakan lain sejurus melakukan aksi berbahaya berkenaan.
Siap Tunjuk ‘Thumbs Up’ Pada Anak Selepas Wheelie
Selepas lelaki itu berhenti membuat wheelie, dia juga sempat menunjukkan tanda ‘thumbs up’ kepada si kecil.
“Tutup (nombor) plate sebab pikir anak abang (penunggang motosikal), tapi yang penting hobi kami mahal,” sindir pengendali akaun.
Difahamkan video terbabit dimuat naik di status WhatsApp sebelum dimuat naik semula dan tular di Threads.
View on Threads
Tonton video [DI SINI].
Individu Didapati Bersalah Boleh Didenda Hingga RM15,000
Untuk info, aksi wheelie bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri tetapi pengguna jalan raya yang lain juga.
Mereka yang berbuat demikian boleh disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Jika didapati bersalah, individu boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda minimum RM5,000 dan juga tidak melebihi RM15,000.
Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Buat Aksi ‘Wheelie’ Ketika Hari Raya, Pasangan Suami Isteri Ditahan Polis
“Jadi Ibu Bapa Biar Cerdik, Anak Adalah Amanah Allah” – Netizen
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa bengang dengan sikap ibu bapa yang sanggup meletakkan anak dalam situasi berbahaya hanya disebabkan hiburan sementara.
“Jadi ibu bapa ciar cerdik, itu anak yang penuh dengan amanah bukan objek yang boleh buat sesuka hati,” tegur seorang wanita.
“Kalau masih nak merempit, tak payah ada anak. B*doh orang macam ni. Kesian budak tu,” tambah seorang warganet.
Mak Bapak Pakai Helmet, Anak Dibiarkan Tak Pakai – Netizen
Malah ada juga yang membangkitkan isu si anak yang dibiarkan menaiki motosikal tanpa memakai helmet apatah lagi ketika penunggang motosikal melakukan aksi marabahaya.
“Yang mak bapak pakai helmet, si anak biar togel tak pakai helmet. Lepas tu buat aksi macam tu. Bila jatuh atau kena langgar sampai meninggal dunia mulalah si mak bapak sedih. Otak mana?” persoal seorang individu.
“Hobi dia lagi mahal dari nyawa anak dia kot,” sindir seorang netizen.
Sementara itu, ramai juga berharap agar Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengambil tindakan sewajarnya kepada penunggang motosikal yang melakukan aksi wheelie.
Berikut antara komen-komen netizen:







Baca Artikel Berkaitan: “Malu Dapat Sakit Pun Dapat” – Lelaki Tersungkur Ketika Buat Aksi Wheelie Raih Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Padah Buat Aksi ‘Wheelie’, Mat Rempit Lari Lintang Pukang Selepas Langgar Kereta Orang [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Mat Rempit Jatuh Ketika Tunjuk Aksi ‘Wheelie’ Depan Orang Ramai, Motosikal Rempuh Myvi [Video]


