![Image from: Siapa Cakap Nak Shoot Video Gempak Perlu Banyak Gear? Pakai Phone Ni Dah Cukup [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/Xiaomi-BK-FINAL-FI-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Dulu, kerja menghasilkan sesebuah konten memang sinonim dengan kamera mahal seperti cinema cam atau DSLR. Belum lagi kira tripod berat, lighting setup penuh satu bilik, sampaikan nak shoot satu video pun rasa macam tengah masuk set produksi drama.
Diringkaskan, lagi mahal equipment, lagi “pro” orang pandang.
Tapi sekarang dunia dah berbeza. Teknologi dan orang ramai khususnya Gen Z dah ubah cara masyarakat melihat konten idea kreatif, “storytelling” laju dan konten trending kadang-kadang lagi menang daripada visual yang terlalu “perfect”.
Hakikatnya, teknologi telefon pintar dah sampai ke tahap yang buat “content creator” tak perlu lagi angkut kamera besar semata-mata nak hasilkan kandungan yang bagus. Lagi-lagi dengan adanya phone flagship yang hebat dan canggih seperti Xiaomi 17T Pro, yang sangat sesuai untuk create “content on the go”.
Senang kata, review produk atau makanan, rakam acara atau momen menarik, nak promote rumah semuaaa pun boleh!
Baru-baru ni team BuzzKini berpeluang menggunakan Xiaomi 17T Pro untuk tugasan harian kami, dan hasilnya memang wow! Sampai semua team member pun berkenan dengan model teratas bagi siri Xiaomi 17T ni walaupun sebelum ini ada seorang yang agak skeptikal untuk guna telefon pintar bagi tugasan mencipta kandungan.
![Image from: Siapa Cakap Nak Shoot Video Gempak Perlu Banyak Gear? Pakai Phone Ni Dah Cukup [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/guna-fon-je-1024x582.jpg)
Secara ringkasnya, phone ni bukan setakat nampak flagship, tapi memang lengkap dengan spec yang buat kerja shooting, editing dan multitasking jadi begitu lancar! (Gaming pun onz!)
Ia dikuasakan pemproses flagship MediaTek Dimensity 9500 bersama Xiaomi 3D IceLoop System untuk penggunaan yang lebih stabil dan lancar walaupun perlu shoot lama, render video atau edit content panjang.
Bateri 7,000mAh silicon-carbon dia memang sesuai untuk lifestyle creator yang aktif bergerak. Nak shoot event, travel vlog, atau editing sepanjang hari pun lebih tenang.
Dengan pengecasan 100W HyperCharge, nak charge phone pun cepat, selain itu ia juga menyokong 50W wireless charging dan boleh reverse charging untuk cas device lain. Oh ya! Xiaomi bagi charger juga dalam kotak, tak perlu risau nak kena beli charger asing.
Kalau kena hujan atau tertumpah air pun tiada masalah sebab ia memiliki penarafan kalis air IP68.
![Image from: Siapa Cakap Nak Shoot Video Gempak Perlu Banyak Gear? Pakai Phone Ni Dah Cukup [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/SS-BK-Xiaomi-2-1024x592.jpg)
Sistem kamera yang terbukti hebat!
Memandangkan topik kali ini adalah tentang penciptaan kandungan (content creation), apa kata kita sembang bab kamera dulu.
Secara teknikalnya sistem kamera Xiaomi 17T memang flagship habis. Xiaomi menggunakan Leica Summilux camera system bersama sensor Light Fusion 950 yang membantu menghasilkan imej lebih terang, tajam, dan cinematic. Aperture besar f/1.67 pula membantu menangkap lebih banyak cahaya especially dalam low light.
Sensor ultra besar 1/1.31 inci dan 13.5 EV high dynamic range pula membantu menghasilkan detail yang lebih seimbang antara kawasan gelap dan terang. Teknologi baharu seperti LSC coating pula mengawal kesan haze dan light scattering ketika penggambaran manakala ALD serta SWC coating membantu meneutral ghosting bila korang shooting bawah lampu atau cahaya kuat.
Triple camera system dia pula direka untuk “cover” apa sahaja situasi dan keperluan shooting seperti:
- 15mm ultra-wide shot untuk kawasan luas dan ruang yang minimal
- 23mm standard wide-angle untuk fotografi/videografi harian
- 115mm telephoto untuk close-up dan subjek jarak jauh
Setup kameranya pula memang menepati “piawai” untuk pencipta kandungan dan yang seangkatan dengannya sebab:
- Kamera utama 50MP f/1.67 bersama 23mm focal length dan fungsi OIS untuk gambar lebih stabil
- Kamera 50MP telephoto f/3.0, 115mm focal length dengan 5x optical zoom dan 10x lossless zoom untuk close-up lebih jelas
- 120x AI Ultra Zoom untuk zoom jarak jauh
- 30cm telemacro untuk detail objek kecil
- 12MP ultra-wide dengan focal length 115mm dan aperture f/2.2 yang sesuai untuk landscape dan group shot
- Kamera depan 32MP f/2.2 untuk selfie dan video content
Portrait mode peranti ini juga menyokong pelbagai focal length seperti 23mm, 28mm, 35mm, 46mm, 75mm, dan 115mm. Dengan ini content creator boleh hasilkan vibe gambar berbeza tanpa perlukan lens tambahan.
Nak selfie pun tak segan! Gen X dan Y pun boleh setanding dan menjadi kreatif seperti Gen Z lepas ni.
![Image from: Siapa Cakap Nak Shoot Video Gempak Perlu Banyak Gear? Pakai Phone Ni Dah Cukup [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/xiaomi-gambar-1024x597.jpg)
Bukan itu sahaja, Xiaomi 17T Pro menyokong rakaman sehingga 4K 120FPS yang buatkan mode slow motion lebih smooth dan cinematic. Ia juga menyokong LOG recording sehingga 4K 60FPS untuk color grading yang lebih fleksibel (senang nak edit gais!), selain 4K 60FPS Movie Mode pada telephoto lens untuk hasil video yang lebih dramatik.
![Image from: Siapa Cakap Nak Shoot Video Gempak Perlu Banyak Gear? Pakai Phone Ni Dah Cukup [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/SS-BK-Xiaomi-3-1024x586.jpg)
Xiaomi turut tampil dengan beberapa mode menarik untuk creator seperti:
- Telephoto Stage Mode
- Leica Live Moments
- Movie Mode
- Slow Motion
Pendek kata, dengan semua sistem kamera yang ada ini termasuk wide lens, telefoto digabungkan pula Leica color profile, peranti korang ini sesuai digunakan untuk apa sahaja senario.
Macam mana pula dengan display?
Dari segi paparan, Xiaomi 17T Pro menggunakan skrin 6.83 inci 144Hz dengan peak brightness sehingga 3500 nits, jadi scrolling, gaming, dan preview video nampak lebih smooth dan terang walaupun bawah matahari. Touch sampling rate sehingga 480Hz pula buat respon sentuhan rasa lebih pantas terutama ketika bermain game.
Menariknya, display ni juga hadir dengan TÜV Rheinland Quadruple Eye Care Certification yang dapat membantu mengurangkan mata dari terlalu penat lebih-lebih lagi ketika penggunaan dalam tempoh yang lama. Dengan teknologi flicker-free, low blue light, dan minimum brightness serendah 1 nit, mata anda akan rasa lebih selesa especially waktu edit content malam-malam.
Model ini flagship ni juga hadir dengan Corning Gorilla Glass 7i dan rating IP68, jadi lebih yakin nak guna waktu travel, shooting outdoor, atau keadaan cuaca yang kurang menentu.
Jom tengok macam mana team kami berjaya “convince” bos jabatan kami untuk beralih sepenuhnya ke telefon pintar bila nak hasilkan kandungan.
WARNA
Xiaomi 17T Pro hadir dengan tiga warna iaitu:
- Deep Violet
- Deep Blue
- Black
![Image from: Siapa Cakap Nak Shoot Video Gempak Perlu Banyak Gear? Pakai Phone Ni Dah Cukup [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/xiaomi-17T-Pro-harga-warna-1024x1024.jpg)
HARGA
Jom semak harga Xiaomi 17T Pro mengikut varian di bawah:
- 12GB ROM + 1TB : RM3,499
- 12GB ROM + 512GB : RM3,199
- 12GB ROM + 256 GB: RM2,899
Dengan setiap pembelian korang akan dapat manfaat digital bernilai sehingga RM1,436 seperti:
- 1+1 tahun lanjutan waranti
- Perlindungan kerosakan skrin selama 6 bulan (sekali sahaja)
- 3 bulan YouTube Premium (sah hingga 8 Ogos 2026)
- 4 bulan Spotify Premium (sah hingga 31 Ogos 2026)
- 3 bulan Google AI Pro (sah hingga 12 Jun 2027)
Oh ya! Kalau korang pra tempah sekarang dari 28 Mei hingga 11 Jun, korang akan dapat REDMI Pad 2 9.7 (4+64GB) bernilai RM569 secara PERCUMA!
Jadi jom tempah sekarang di kedai Xiaomi, mi.com, Shopee, Lazada dan terus buat content menarik!

