“Siapa Kata Konsert Haram, Jangan Datang. Duduk Rumah, Duduk Surau” – Baby Shima

13 May 2023 • 11:47 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Segelintir pihak berasa kurang senang dengan pengumuman bahawa kumpulan rock terkenal antarabangsa, Coldplay bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

Bukan sahaja tidak bersetuju, mereka ini juga lantang menyuarakan bantahan mereka dengan menggesa konsert yang dijadualkan berlangsung pada November akan datang dibatalkan.

image is not available

Perkara itu meraih perhatian penyanyi dangdut, Baby Shima yang turut menyuarakan pendapatnya dan berkata ia merupakan pilihan masing-masing.

Katanya, jika sesetengah pihak berasa konsert sebegitu adalah haram maka tidak perlulah mereka ini datang untuk menontonnya.

Konsert kat Malaysia tak ada masalah pun. Siapa nak tengok, pergi tengok. Siapa yang kata haram, jangan datang. Duduk rumah, duduk surau. Apalah susah sangat, hidup itu pilihan.”

image is not available

Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri telah memuat naik video mengalu-alukan kedatangan Coldplay di Malaysia.

Konsert kumpulan rock itu bakal diadakan pada 22 November akan datang di Stadium Nasional Bukit Jalil namun beberapa individu dilihat menggesa agar ia dibatalkan.

image is not available 3 hari lalu

"Jika Pemimpin Tertinggi Negara Pun...." - Kritik PMX, PU Syed Gesa Konsert Coldplay Di Malaysia Dibatalkan