“Siapa Lagi Hot?” – Fathia Latiff Tulis Kapsyen Mengundang, Banding Dirinya Dengan Ira Kazar

Entertainment
5 Apr 2023 • 6:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon sensasi, Fathia Latiff telah mencuri perhatian netizen selepas memuat naik sebuah hantaran video di laman TikTok miliknya, baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Fathia atau Nur Fathia Binti Abdul Latiff dilihat melakukan trend di aplikasi berkenaan dengan membuat lip sync menggunakan lagu Cintamu Sepahit Topi Miring.

image is not available
Link video: Xtra

Namun, apa yang menjadi tumpuan netizen ialah apabila pelakon berusia 35 tahun itu sempat membandingkan kecantikan antara dirinya dengan isteri kedua kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Siapa lagi hot? I ke Ira Kazar?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah berseloroh mengatakan Fathia kelihatan sesuai untuk dijadikan isteri ketiga kepada pengarah filem Mat Kilau itu.

image is not available

Bukan itu sahaja, ada segelintir peminat turut mengakui pelakon Menanti Februari itu lebih menawan daripada anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu.

image is not available

Walau bagaimanapun, video tersebut difahamkan telah dipadam pelakon itu. Apa pandangan korang..

Kredit: Tiktok Fathia Latiff | xtra

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.