“Siapa Nak Jadi Menantu Saya?” – Rumah, Kereta & Hantaran RM50K Dah Tersedia, Aliff Syukri Cari Isteri Untuk Anak Sulung

LocalFamily & Parenting
30 Jun 2025 • 3:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuit hati netizen apabila secara bersahaja mengusik anak sulungnya, Ammar Ahyan, ketika mereka sedang berniaga secara langsung di aplikasi TikTok.

Dalam potongan klip siaran langsung yang tular, Aliff atau nama penuhnya Aliff Syukri Kamarzaman, 38, sempat ‘mempromosikan’ Ammar dengan berkata dia sedang mencari calon isteri untuk anaknya itu.

Ada tak yang nak jadi menantu saya? Hantaran saya bagi RM50,000, rumah banglo dan kereta berjenama Mercedes saya sediakan.

Namun, reaksi Ammar yang sedikit malu-malu jelas menunjukkan dia kurang berminat, malah lebih suka mengenali seseorang secara peribadi di pusat pengajiannya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi spontan Aliff yang terkenal dengan sikapnya yang suka berjenaka, malah ada yang berseloroh mahu mencuba nasib menjadi ‘menantu jutawan’.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 hours ago

"Ini Pes Penyondol Tu Ke, Saya Taknak Beli Nanti.." - Datuk Nora Berhenti Buat 'Live' Berniaga Gara-Gara Isu Peribadi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved