“Macam tak sesuai lah bah” – Netizen Puji Anak Aliff Syukri Bila Diminta Kupas Isu ‘Tel*r Masam’

Entertainment
25 Jun 2025 • 12:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Satu sesi live daripada usahawan Datuk Aliff Syukri bersama anaknya, Ammar Ahyan dilihat menjadi tumpuan netizen kerana sikap anak usahawan itu yang dilihat begitu matang dalam mengupas satu isu.

Dalam live tersebut, Aliff Syukri dilihat berseloroh dengan meminta anak sulungnya itu untuk mengupas isu semasa yang sedang hangat dan menjadi buah mulut netizen.

Ketika Aliff Syukri meminta Ammar untuk mengupas isu ‘Telur Masam’ dengan meminta anaknya bertanyakan soal itu kepadanya, Ammar dengan penuh beradab dan sopan menolak daripada menjawab isu tersebut dengan mengatakan ia sangat tidak sesuai untuk si anak menceritakan hal-hal sebegitu dengan ayahnya.

Bagaimanapun, Aliff Syukri tetap ingin mengupas mengenai isu tersebut sebelum dibalas Ammar dengan teguran adalah lebih penting untuk rakyat Malaysia peka dengan isu peperangan di Iran.

“Sekarang ni dunia tengah sibuk pasal peperangan Iran, rakyat Malaysia sibuk nak tahu pasal suami telur dia masam ke tidak, dunia tengah berperang tapi dia orang lebih kisah telur masam ke tak.”

Keratan video yang kini sedang tular di X dan telah meraih 707 jumlah perkongsian dalam masa 6 jam ia dimuat naik dan video ini juga telah meraih pujian netizen. Ramai yang menyifatkan Ammar seorang yang sopan dan beradab biarpun ada yang mempertikaikan sikap Aliff bertanyakan soalan-soalan tidak sesuai kepada anaknya sendiri.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Salute Ammar, min pun impressed bila tengok dia sangat matang dalam bab ni.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.