“Siapa penganjur dia?” – Netizen Kesal Tengok Remaja Buat ‘Mosh’ Semasa Konsert Depan Masjid Di Kedah

Entertainment
3 Oct 2022 • 1:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kita boleh lihat banyak penganjuran konsert di Malaysia telah diadakan di seluruh negara. Ramai di antara kita yang mengambil peluang untuk menghadiri dan merasai sendiri pengalaman di dalam konsert itu sendiri. Mana taknya, dah dua tahun kita terkurung….

Namun, baru-baru ini tular di media sosial berkenaan sebuah konsert yang telah diadakan di Kedah dan dilihat ramai remaja yang telah menghadiri acara tersebut.

Remaja buat ‘mosh’ semasa konsert depan masjid di Kedah

Video yang berdurasi 23 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok yang memaparkan sekumpulan anak muda sedang berhibur di sebuah konsert mini berdekatan dengan Balai Seni dan Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah.

@kopiais_99

Konsert Patuh Syariah Di Kedahimage is not available#fyp #kedah #sanusimdnor

♬ Ya Allah – Wali

Menerusi video tersebut, ia boleh dilihat sekumpulan remaja telah berkumpul dan melakukan aksi ‘mosh’ semasa konsert sedang berlangsung.

Kalau korang nak tahu, mosh merupakan perkataan urban yang bermaksud tindakan berhibur secara drastik seperti aksi melompat, menyepak, dan menendang semasa konsert.

Netizen kesal, minta siasat siapa penganjur?

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen amat kesal dengan penganjuran konsert tersebut kerana dikatakan tidak menghormati agama Islam kerana bertindak mengadakan konsert di hadapan Masjid Zahir itu.

Ada juga yang menyalahkan kerajaan tempatan kerana tidak peka terhadap anjuran konsert ini dan meminta untuk siasat pihak yang bertanggungjawab mengadakan konsert ini.

image is not available

image is not available

image is not available

Min pun tak tahu nak cakap apa dan semoga isu ini dapat diselesaikan dengan segera.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.