Siapa penjulang trofi Anugerah Juara Lagu ke-40

EntertainmentMusic
15 Aug 2026 • 10:44 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Siapa penjulang trofi Anugerah Juara Lagu ke-40

HARI ini, pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 bakal menyaksikan 10 lagu ciptaan komposer tanah air bersaing merebut trofi yang diidam ramai penggiat seni.

Edisi kali ini masih tetap dimonopoli lagu genre balada dan pop sementara hanya satu sahaja karya irama Malaysia yang bertanding.

Macam biasa, peminat setiap penyanyi pasti meletakkan harapan tinggi dan meramalkan lagu pilihan mereka menjadi juara.

Antara yang paling banyak disebut-sebut Tiwikarma oleh kumpulan rap KOI, Kamu (Aina Abdul) dan Nurcinta (Amir Masdi).

Tidak dinafikan, tiga lagu ini memang sangat kuat dan boleh berada di kedudukan teratas tetapi jangan sesekali menafikan kehebatan karya lain pula.Lemah dendangan Dayang Nurfaizah, Lumangad Oku Dika (Ryenald Guntabid), Ke Mana Ni (Luca Sickta, Kmy Kmo & Salammusik), Tak Adil (Aisha Retno), Tangisan Seorang Pendosa (Marsha Milan) dan Semacam Pandora (Hazama) juga layak diangkat menjadi juara.

Ada juga yang mahu Cak Cak Cekuk menang kerana menjadi satu-satunya karya pejuang irama Malaysia.
Apa pun semuanya terpulang kepada keputusan juri profesional. Hanya mereka yang tahu karya mana layak dijulang sebagai AJL 40.

DIVA: Harap tahun ini tiada lagi isu pemakaian tidak ikut jantina. Penatlah isu yang tidak-tidak diperkatakan.

The post Siapa penjulang trofi Anugerah Juara Lagu ke-40 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved