Persembahan AJL40 malam ini, nantikan kejutan – Aisha Retno

EntertainmentMusic
15 Aug 2026 • 8:41 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Persembahan AJL40 malam ini, nantikan kejutan – Aisha Retno

KUALA LUMPUR: Menyifatkan satu perkataan sahaja iaitu ‘kejutan’, penyanyi dan finalis Anugerah Juara Lagu Ke-40, Aisha Retno, berjanji mahu menyajikan sesuatu yang luar biasa buat peminat pada malam ini.

Ditemui semasa karpet merah sebentar tadi, penyanyi lagu Tak Adil ini mengakui mahu tampil lebih tenang.

Menurut Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, dia lebih fokus untuk memastikan penyampaian lirik dan emosi lagunya disampaikan secara tersusun dan kemas.

“Aisha mahu berkongsi konsep lagu ini secara lebih tenang, teratur bagi setiap perkataan yang dinyanyikan dan mahu berseronok. Tengah hari tadi, Alhamdulillah, semuanya baik dan sempat berehat sebentar di belakang pentas.

“Terima kasih kepada Pesta Pora kerana menjemput Aisha walaupun ada pertindihan jadual antara AJL dan program berkenaan. Terima kasih juga AJL yang masih beri peluang untuk saya,” katanya.

Bercakap mengenai emosinya pada malam ini, bekas naib juara AJL38 ini mengakui perasaannya agak berbeza berbanding penyertaannya sebelum ini.

“Perasaan malam ini agak berbeza daripada AJL38 sebab saya rasa sudah tahu sistemnya bagaimana, tetapi gemuruh itu pasti ada memandangkan lagu ini berat. Cuma rasa tenang itu setakat ini lebih mendominasi.

“Satu perkataan malam ini untuk persembahan saya adalah kejutan. Saya sangat teruja untuk tunjukkan pakaian ini di dalam dewan nanti,” katanya penuh ceria,” katanya.

​Meneliti perincian busana berkenaan, bahagian atas korsetnya tampak begitu eksklusif apabila dipenuhi dengan kilauan labuci merah serta butiran manik yang teliti, selain dilengkapkan bersama rekaan lengan pendek separa telus berwarna cerah.

​Bagaimanapun, tarikan paling memukau dan menjadi bualan penonton sudah tentu pada ciri utama pakaian terbabit, iaitu sepasang sayap gergasi yang dilekatkan kemas pada bahagian belakang badan penyanyi berkenaan.

​Lebih menarik, sayap tersebut diukir dengan corak batik rona merah jambu dan putih, serta dihiasi pula dengan corak batik atau corak bunga yang rumit berserta kelipan kilauan ‘glitter’.

The post Persembahan AJL40 malam ini, nantikan kejutan – Aisha Retno appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved