‘Siapa punya idea ni? Siapa suruh pakai glove?’ – Inspektor Kesihatan tegur pekerja kedai, jangan pakai sarung tangan

22 Jan 2024 • 8:58 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kebersihan merupakan aspek terpenting yang perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan di premis makanan. Ini bagi menjamin kualiti makanan tersebut sebelum dihidangkan kepada pelanggan.

Menerusi satu video tular, Inspektor Kesihatan menegur pekerja di sebuah premis makanan yang memakai sarung tangan.

@abgiknaktegur

Replying to @khairulzahab mohon kembali kepada mazhab pengendali makanan yang betul ye sahabat #abgikdahtegur #sahabat #inspektorkesihatan #KKM #fypage #fyppppppppppppppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – Abg IK – Abg IK

Katanya, penggunaan sarung tangan tidak digalakkan semasa mengendalikan tugasan di dapur premis.

“Kalau kerja di kedai makan, tangan ni sentiasa kena bersih, kena sentiasa dicuci. Bila pakai glove, kita pegang macam-macam, tangan je yang bersih.

“Tempat yang dipegang tu akan kotor dan merebak merata.

“Kena sentiasa basuh tangan dengan sabun,” tegurnya.

Perkara sedemikian kata netizen bukan hanya dilihat di kedai makan, malahan di gerai-gerai kecil seperti penjual burger turut memakai sarung tangan.

Sumber: Abg IK