Siapa Sangka Bayi Pernah Didukung Messi Kini Jadi Lawannya Di Final Piala Dunia

FootballSports
16 Jul 2026 • 3:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Siapa Sangka Bayi Pernah Didukung Messi Kini Jadi Lawannya Di Final Piala Dunia

Siapa Sangka Bayi Pernah Didukung Messi Kini Jadi Lawannya Di Final Piala Dunia

Kemuncak Piala Dunia bakal tiba pada Ahad nanti selepas Argentina dan Sepanyol berjaya menyingkirkan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir.

Pertemuan antara pasukan gergasi dunia ini tentunya dinanti-nantikan oleh peminat bola di seluruh dunia.

Argentina memasuki perlawanan akhir untuk memburu kejuaraan keempatnya dan mempertahankan trofi yang dimenanginya pada tahun 2022, lapor USAToday.

Jika menang, ia akan menjadikan La Albiceleste pasukan lelaki pertama yang mengulanginya sejak Brazil memenangi Piala Dunia berturut-turut pada tahun 1958 dan 1962.

Baca juga:

Messi & Yamal cipta sensasi

Seperti perlawanan sebelum ini, bintang utama pasukan masing-masing mencuri tumpuan ramai.

Menariknya, ini merupakan perlawanan generasi antara Lionel Messi, 39, dan Lamine Yamal, 19.

Meskipun perlawanan di New Jersey ini menandakan kali pertama Messi dan Yamal bermain menentang satu sama lain, sebenarnya ini bukan pertemuan pertama mereka.

Ekoran perlawanan tersebut, tular semula gambar-gambar Messi bersama Yamal ketika masih bayi.

Sejarah mereka bermula hampir dua dekad yang lalu iaitu pada 2007. Messi yang berusia 20 tahun ketika itu pertama kali bertemu dengan Yamal semasa sesi penggambaran amal promosi di Barcelona.

Menurut Fox Sports, pada akhir tahun 2007, satu cabutan bertuah amal telah dianjurkan oleh akhbar sukan Sepanyol, Diario Sport dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Justeru, keluarga Yamal memenangi cabutan bertuah itu dan mendapat tempat dalam sesi penggambaran promosi bersama Messi.

Sesi bergambar itu dikatakan berlangsung di dalam bilik persalinan stadium Camp Nou.

Messi juga dilihat mendukung Yamal di dalam tab mandi bayi plastik berwarna biru.

Ditakdirkan bertemu semula

Ketika sesi fotografi itu, para peserta tidak mempunyai sebarang hubungan selain daripada cabutan bertuah dan imej-imej tersebut telah diarkibkan selepas diterbitkan dalam kalendar amal 2008.

Satu gambar dari penggambaran itu menjadi tular selepas ia dimuat naik di Instagram oleh bapa Yamal, Mounir Nasraoui, bersama kapsyen "Permulaan dua legenda" susulan Euro 2024.

Orang ramai meluahkan rasa teruja melihat pertemuan mereka.

Selepas hampir 20 tahun, bayi di dalam gambar itu dan lagenda bola sepak dunia ditakdirkan bersemuka di pentas antarabangsa.

Hubungan antara kedua-dua atlet ini melangkaui sejarah bersama mereka di Barcelona dan kini akan mencapai pentas terbesar dalam sukan ini, iaitu Perlawanan Akhir Piala Dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved