“Siapa suruh?” – Erma Fatima Respon Dakwaan Zul Ariffin Isu Upload Video Aksi Panas

Entertainment
5 Oct 2022 • 4:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, Zul Ariffin telah dihadapkan ke mahkamah dan mengaku bersalah serta didenda RM 30,000 di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor.

Ketika ditemubual oleh pemberita, Zul Ariffin seakan memberikan satu komen sinis berkenaan dengan kes tersebut.

Susulan dengan kenyataan tersebut, penerbit drama Perempuan Itu, Erma Fatima tampil beri respon dengan mengatakan bahawa dia tidak tahu mesej tersebut ditujukan kepada siapa.

Tiada siapa malaikat dan tiada siapa syaitan – Erma Fatima

Kata Erma lagi, hanya Zul Ariffin sahaja yang tahu maksud dan sebab kenapa mengeluarkan kenyataan sebegitu.

image is not available

“Dalam hal ini, tiada siapa malaikat dan tiada siapa syaitan, ini adalah tanggungjawab setiap manusia terhadap kerjaya. Saya percaya Zul ada tanggungjawab sebagai pelakon dan pengarah juga ada tanggungjawab dia. Saya sebagai penerbit juga ada tanggungjawab.”

“Ini bukan masa untuk menuding jari dengan menyatakan..kau syaitan aku malaikat.”

Menerusi mStar, Erma juga berkata bahawa dia hormat keputusan mahkamah dan baginya kesalahan tersebut melibatkan produksi yang membikin drama, sudah pasti pihaknya dan produksi turut sama dijatuhkan hukuman.

image is not available

Selain itu, Erma juga berkata yang dia juga masih belum pasti waktu tayangan memandangkan masih banyak yang masih belum dibaiki semula.

Mengulas isu tersebut, Erma menyatakan lagi bahawa dia tidak mampu berkata apa-apa kerana Zul yang muat naik serta menyatakan bahawa hanya Zul tahu kenapa dia buat begitu dan siapa yang suruh buat begitu.

“Pelakon juga diberikan otak untuk berfikir, apabila membuat sesuatu itu di atas kewarasan kita. Kita tidak akan membodohkan diri kita untuk membuat sesuatu atas arahan sesiapa pun. Dia sendiri harus berfikir di mana dia nak meletakkan diri dia sebagai seorang pelakon.”

Dalam pada itu Erma turut menyatakan pendapatnya bahawa bukan sahaja Zul yang salah, katanya salah itu terletak pada semua orang dan bukan dia seorang dalam hal ini.

“Tetapi dia yang muat naik tu, siapa yang suruh muat naik video itu?”

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.