“Siapa yang call tu” – Lelaki Terbahak Bilik Diserbu Pejabat Agama Gara-gara Bersuara Lembut

Entertainment
30 Nov 2023 • 3:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita semua tahu, tidak semua manusia dicipta dengan sempurna, pasti akan ada kelebihan dan kelemahannya sendiri.

Sama seperti pemuda ini, dia memiliki keunikan tersendiri di mana dia memiliki suara yang lembut seakan-akan wanita.

Jadi, nak dipendekkan cerita, lelaki ini diserbu oleh pencegah maksiat kerana ada pihak membuat laporan terdapat wanita dalam bilik lelaki ini ketika bersama-sama dengan rakannya.

Namun begitu, ketika pihak pencegah maksiat tiba, mereka mendapati bahawa kesemuanya yang berada di dalam bilik tersebut adalah orang lelaki. Ternyata ada antara mereka itu bersuara nyaring dan ia membuatkan lelaki itu terhibur.

Menjengah ke ruangan komen, susah semestinya ramai netizen terhibur melihat situasi mereka ini. Bahkan, ada yang pernah alami pengalaman lebih kurang sama dengan mereka ini.

image is not available image is not available image is not available

Benda-benda macam ni la yang boleh dijadikan memori bila masing-masing dah buat bawa haluan sendiri nanti.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.