Siaran Khas Haji Di Astro Awani Tiga Kali Sehari!

9 Jun 2024 • 12:31 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Saluran berita paling dipercayai di Malaysia, Astro AWANI, kini menyiarkan perkembangan musim haji tahun ini menerusi siaran 30 minit, Berita Terkini Haji: Jejak Al Haramain, sebanyak tiga kali sehari, iaitu pada jam 11 pagi, 5 petang dan 11 malam.

Ini merupakan tambahan kepada laporan di Buletin AWANI setiap jam, serta di semua platform digital Astro AWANI.

Komitmen ini dibuat susulan jemputan dua lagi editor kanan Astro AWANI, Dzulfitri Yusop dan Shafizan Johari untuk menyertai liputan Haji 1445 hijiriah, atas jemputan Kementerian Media Arab Saudi.

Ini menjadikan keseluruhan empat pengarang kanan Astro AWANI bakal membuat liputan haji pada tahun ini, lantas menjadikan liputan haji tahun ini yang terbesar dalam sejarah Astro AWANI.

Dua lagi pengarang berkenaan adalah Dr Azlinariah Abdullah dan Linda Salim yang menyertai liputan bersama Tabung Haji.

Selain mengadakan liputan haji, krew Astro AWANI itu juga dijangka menhadiri beberapa liputan seperti Pelancaran Pusat Media yang berkonsepkan teknologi AI di Jeddah nanti.

Mereka juga dijadual menerima taklimat perkembangan terkini visi ‘Saudi 2030’ dan beberapa initiatif baru dan perkembangan terkini dari agensi dan jabatan Kerajaan Arab Saudi.

Sumber: Astro Awani