Siasat Kebakaran Butik Baju Melayu, Kor Ming Arah Beri Kerjasama Kepada JBPM

26 Mar 2024 • 2:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kebakaran butik baju melayu yang tular baru-baru ini akan di siasat bagi bagi memastikan tiada salah laku daripada mana-mana pihak.

Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Nga Kor Ming berkata semua pihak wajib memberikan kerjasama kepada Jabatan Bomba dan Penyelam (JBPM).

image is not available

“Tindakan sedang diambil. Semua pihak termasuk pemilik premis wajib memberi kerjasama kepada JBPM dan bukan sebaliknya,” katanya.

Kor Ming telah meninggalkan komen tersebut pada muat naik @muhammadnajib79 di X yang meminta siasatan lanjut diambil terhadap butik berkenaan kerana rakaman dari tempat kejadian yang tular baru-baru ini.

Menurut Muhammad Najib, video yang tular baru-baru ini menjejaskan kredibiliti JBPM kerana kelihatan seperti tiada pematuhan Prosedur Tetap Operasi (SOP).

Siasat kebakaran butik baju Melayu

image is not available

“Video penuh sinematik ini boleh menjejaskan kredibiliti pihak JBPM kerana kelihatan seperti tiada pematuhan SOP.

“Orang awam dilihat sibuk terlibat memadam kebakaran sewaktu anggota bomba sedang bertugas yang membahayakan nyawa semua pihak,” ujarnya.

Selain itu, Muhammad Najib juga memohon agar siasatan forensik daripada bomba dibuat dengan teliti untuk mengenalpasti punca kebakaran.

“Mohon juga siasatan forensik bomba dibuat teliti untuk kenal pasti punca kebakaran sebenar dan kelemahan pihak Elrah jika ada dalam sediakan sistem cegah kebakaran.

image is not available

“Netizen ramai syak ini content semata, kalaulah betul maka ia adalah penyalahgunaan perkhidmatan dan sumber bomba,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya bersetuju dengan cadangan daripada Muhammad Najib yang meminta untuk siasatan lanjut dilaksanakan.

Lengkap dengan video sinematik…

image is not available

Bersihkan nama JBPM, nampak macam dorang tak boleh handle situasi

image is not available

Mana nak letak muka bomba ni..

image is not available

Terdahulu, tular satu video memaparkan pihak bomba sedang giat memadam kebakaran di sebuah butik sambil dibantu pekerja-pekerja di premis berkenaan.

image is not available

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kebakaran longgokan kotak di ruangan tangga tingkat tiga bangunan itu dipercayai menjadi punca kebakaran butik itu.

Sumber: X @muhammadnajib79