Siasatan Felda: Isa Samad dua hari dirakam percakapan

LocalPolitics
19 Sep 2026 • 10:29 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Siasatan Felda: Isa Samad dua hari dirakam percakapan

KAJANG – Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, telah dua hari dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Penjara Sungai Buloh berhubung siasatan terhadap Felda dan Felda Investment Corporation (FIC).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata, rakaman percakapan terhadap Isa bermula pada Khamis lalu dan diteruskan sehingga semalam.

“Setakat ini telah dua hari penuh dirakam dan akan disambung pada hari Isnin dan kemungkinan akan selesai pada hari Khamis bagi perakaman penyataan daripada bekas Pengerusi Felda,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, SPRM membuka tujuh kertas siasatan berkaitan isu pembelian atau pelaburan aset oleh Felda dan FIC yang disyaki mempunyai unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Siasatan itu meliputi tempoh 10 tahun dari 2010 hingga 2020. Enam kertas siasatan baharu dibuka manakala satu lagi merupakan siasatan lama yang diteruskan,” katanya.

Setakat 18 September, seramai 34 saksi telah dipanggil dan dirakamkan pernyataan berkaitan tujuh kes berkenaan.

Antara saksi terbabit ialah bekas ahli lembaga pengarah Felda dan FIC, pengurusan kedua-dua entiti itu, selain pegawai agensi kerajaan, Jabatan Tanah dan Galian, jurunilai bebas serta firma guaman.

Dalam perkembangan sama, SPRM turut menahan dua individu pada 6 September lalu yang masing-masing merupakan bekas Pengarah Besar Felda dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC.

Kedua-duanya direman beberapa hari oleh mahkamah sebelum dibebaskan dengan jaminan SPRM. – KOSMO! ONLINE

The post Siasatan Felda: Isa Samad dua hari dirakam percakapan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved