Siasatan kes rasuah projek SMJ: CDO dilepas dengan jaminan

LocalPolitics
3 May 2025 • 11:09 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Seorang Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) yang direman untuk membantu siasatan berkaitan kes rasuah projek pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya, dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sandakan.

Lelaki tersebut dibebaskan dengan jaminan pada 30 April dengan syarat seorang penjamin tempatan, wang jaminan sebanyak RM20,000 (termasuk RM5,000 deposit), dan perlu melapor diri di mana-mana cawangan SPRM sekali setiap bulan.

Pada 25 April lalu, media melaporkan lelaki itu ditahan reman enam hari sehingga 1 Mei kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM40,000 berkaitan projek pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 50-an itu dipercayai menerima wang tersebut daripada beberapa individu dan kontraktor sejak tahun 2022 hingga 2025 sebagai dorongan untuk menganugerahkan projek perumahan berkenaan kepada mereka.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy Y. Subbiah mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa kes di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 tersebut masih disiasat secara terperinci dari semasa ke semasa.