Siasatan KWAP: SPRM belum temui unsur rasuah setakat ini

LocalPolitics
13 Aug 2026 • 4:52 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Siasatan KWAP: SPRM belum temui unsur rasuah setakat ini

Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman kata siasatan pelaburan KWAP masih berjalan, tiada tangkapan dibuat setakat ini, tunggu dokumen dari luar negara.

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini belum menemukan sebarang unsur jenayah berkaitan rasuah atau penyelewengan dalam siasatan berhubung pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata bagaimanapun, hasil siasatan menyeluruh hanya dapat diperoleh selepas pihaknya menerima maklumat serta dokumen kewangan daripada institusi perbankan di luar negara termasuk Singapura dan Indonesia.

“Sehingga hari ini sebanyak 19 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan dan dirakamkan keterangan mereka.

Mereka terdiri daripada pegawai daripada KWAP, Kementerian Kewangan Malaysia dan juga Khazanah.

“Di dalam menjalankan penyiasatan kes ini, setakat ini belum ada tangkapan dilakukan kerana kami mendapati belum ada keperluan melakukan tangkapan.

Namun begitu, proses penyiasatan masih lagi berjalan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengenai siasatan kes tersebut, beliau berkata pasukan siasatan masih berusaha untuk mendapatkan keterangan saksi-saksi yang telah dikenal pasti berada di luar negara.

“Setakat ini boleh dikatakan penyiasatan di peringkat domestik hampir selesai, cuma kami menunggu prosedur bagi mendapatkan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) daripada beberapa negara luar.

“Proses itu tidak menghadapi apa-apa masalah, cuma ia mungkin mengambil masa kerana beberapa prosedur perlu dipatuhi,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved