Siasatan rasuah: Tiga penjawat awam Sabah direman lima hari

20 Jan 2023 • 1:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LABUAN: Tiga penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan di Sabah yang berpangkalan di Labuan di sini, direman lima hari bermula Khamis sehingga 23 Januari (Isnin) bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah.

Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad mengeluarkan perintah reman itu selepas permohonan dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Labuan Mohd Akmal Hakim Yusof.

Ketiga-tiga lelaki yang berusia antara 57 dan 59 tahun itu bertugas dengan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) dan masing-masing sekarang bertugas di Kota Kinabalu dan Lahad Datu, ditahan di pejabat SPRM Labuan, tengah hari Rabu lepas selepas keterangan mereka diambil.

Mereka didakwa menerima antara RM3,000 dan RM5,000 daripada syarikat pengusaha pelancongan antara 2017 dan 2019 bagi setiap pengeluaran lesen Kapal Kecil Berlesen Sabah untuk penambahan penumpang tanpa mengikut prosedur permohonan penambahan penumpang yang sebenar.

Menurut Mohd Akmal pihaknya akan mengenal pasti saksi yang terlibat dalam penyediaan dan pengeluaran lesen itu dan soal siasat lanjut mengenai jejak wang seperti yang diterima oleh semua tertuduh.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.