Siasatan Speedmatrix: Malaysia sedia bekerjasama – Johari

LocalBusiness & Finance
13 Nov 2026 • 10:13 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Siasatan Speedmatrix: Malaysia sedia bekerjasama – Johari

KUALA LUMPUR – Malaysia bersedia memberikan kerjasama berhubung sebarang permohonan rasmi untuk menjalankan siasatan terhadap Speedmatrix Sdn. Bhd., kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan ketika ini masih belum menerima sebarang permohonan sedemikian.

“Jika mereka mempunyai kes, datanglah untuk membuat pemeriksaan. Tiada masalah. Kita akan memberikan kerjasama,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran MySaham MITI di sini semalam.

Johari berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan menerima permohonan rasmi untuk menyiasat Speedmatrix, anak syarikat Megaspeed International, sebuah syarikat pengkomputeran awan yang berpangkalan di Singapura.

Sebelum ini, media melaporkan Speedmatrix dikaitkan dengan kontroversi perdagangan cip Nvidia dan didakwa mungkin melanggar sekatan eksport cip berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang sebelum ini mengakui curang terhadap isterinya susulan laporan yang mengaitkan beliau dengan seorang wanita yang mempunyai hubungan dengan Megaspeed International.

Perkembangan itu berlaku ketika Nvidia mengumumkan peletakan jawatan serta-merta Huang sebagai presiden, CEO dan anggota lembaga pengarah syarikat berkenaan, ketika siasatan bebas berhubung laporan beliau menjadi sasaran operasi perisikan asing sedang dijalankan.

Sementara itu, Johari berkata, beliau membangkitkan isu berkenaan dengan pengendali pusat data, khususnya mengenai perbezaan antara penggunaan unit pemprosesan grafik (GPU) di pusat data milik syarikat sendiri dengan pengeksportan semula cip berkenaan.

“Setakat ini, saya memaklumkan semua pengendali pusat data…Adakah terdapat sebarang kesalahan jika Speedmatrix atau Megaspeed menyewa pusat data? Jika tiada kesalahan dan mereka membeli GPU untuk kegunaan sendiri di pusat data berkenaan, saya tidak nampak undang-undang apa yang perlu kita gunakan.

“Bagaimanapun, jika terdapat sekatan terhadap pengeksportan semula GPU berkenaan, perkara itu perlu kita teliti,” katanya. – Bernama

The post Siasatan Speedmatrix: Malaysia sedia bekerjasama – Johari appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved