“Siapa nak dm saya” – Sibuk Pindah Rumah, Syada Amzah Buka Tawaran Bela Kucing Miliknya

Entertainment
24 Oct 2023 • 1:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Minggu lalu, kerap ‘naik’ nama adik beradik ini. Mana tidaknya, selepas melalui pelbagai episod membabitkan keluarga mengenai penjualan banglo milik Shila Amzah, adiknya Syada memberitahu dia kini dalam proses untuk berpindah.

Syada atau nama sebenarnya, Nur Syuhada Amir Hamzah itu dalam masa yang sama membuka tawaran kepada sesiapa yang berminat untuk adopt kucing miliknya itu.

Tambahnya lagi, dia membuka tawaran untuk mengambil kucing angkat bermula November ini kerana sekarang dia masih sibuk dalam urusan untuk berpindah rumah.

image is not available

Dalam masa yang sama, Syada meminta mana-mana pihak yang berminat dan serius untuk menjaga kucingnya, mereka boleh menghantar mesej melalui Instagram.

Perkara tersebut diberitahu Syada dalam satu posting ringkas di Instastory baru-baru ini.

Selain itu, Syada juga sempat menafikan yang dia tidak memiliki 50 ekor kucing seperti yang didakwa sebelum ini.

Isu mengenai keluarga Shila Amzah mula timbul apabila dia bertindak untuk menjual kediaman tersebut yang kini dihuni oleh ibu serta tiga adik beradik yang lain.

image is not available

Selain Syada, seorang lagi adik Shila iaitu Shafiq juga mendakwa mereka telah dihalau kerana tidak mengetahui perancangan yang dibuat oleh Shila tersebut.

Terdahulu, Shila dalam satu perkongsian di sesi siaran langsung laman sosial memberitahu alasannya untuk menjual rumah berkenaan adalah kerana ia terlalu besar untuk diuruskan selain penuh dengan kucing.

Justeru, dia mengambil keputusan untuk menjual kediaman berkenaan dan mahu mencari rumah baharu buat ibu dan adik beradiknya itu.

Sumber : mStar | Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.