
Pelawak dan kini usahawan, Ali Puteh ada memuat naik satu foto memaparkan seorang individu yang didakwa sering meninggalkan komen dan masuk campur dalam segala urusannya di media sosial.
Malah, Ali turut meminta orang ramai untuk mencari individu yang juga pelakon itu agar dapat berbincang dan berhubung secara bersemuka dengannya.

Sumber : Instagram
Kalau ada contact nombor konon pelakon ni bagitau ekh. Teringin nak jumpa, banyak sangat komen kat TikTok aku sampai IG aku.
Sibuk sangat pasal hal orang ni tak sedap juga kan, jumpa lagi baik. Kalau ada share-share ekh pelakon Malaya ni. Nak sembang depan apa sebenar dia nak.
Manakala dalam satu hantaran lain, Ali memaklumkan bahawa individu itu telah menghubunginya di Instagram untuk memohon maaf.
Namun begitu, Ali tetap berkeras untuk bertemu dengan individu berkenaan tetapi senyap sepi setelah meminta maaf.

Sumber : Instagram

Sumber : Instagram
Terdahulu, Ali dikritik netizen agar segera membayar hutang saman fitnah kepada bekas kakak iparnya, Siti Norhidayah yang bernilai puluhan ribu ringgit.
Disebabkan isu tersebut, Ali masih diperli dan dikecam sehingga ke hari ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
"Hati Saya Sakit.." - Mimi Lana Luah Perasaan Sedih, Sebak Lihat Penderitaan Rakyat Palestin
The post “Sibuk Sangat Pasal Hal Orang..” – Ali Puteh ‘Cari’ Pelakon Lelaki Sering Komen Buruk, Nak Ajak Berdepan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

![“Dapat Sakit & Malu” – Padah Tendang Kereta, Penunggang Motosikal Jatuh Tergolek [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)

