Sibuk ‘shooting’, Puteri Sarah sedih tak dapat jaga anak kena Covid-19

13 Jun 2023 • 11:02 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon jelita Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa kecewa dan terkilan kerana tidak dapat menjaga anak bongsunya, Sumayyah Mohd Shamsul yang dijangkiti Covid-19 buat kali kedua.

Puteri Sarah dalam satu hantaran berkata, dia tidak dapat menjaga Sumayyah kerana kesibukan jadualnya menjalani penggambaran selain mendedahkan anaknya merengek mahu dirinya berada di sisi.

Bagaimanapun, aktres berusia berusia 37 tahun meluahkan rasa syukur kerana ibunya sudi membantu menjaga anaknya di sepanjang kesibukannya.

“Sedih sangat kali ini, tak dapat jaga Sumayyah kuarantin sebab Sarah busy shooting. Alhamdulillah, mama Sarah tolong jagakan Sumayyah.
“Tapi everytime video call mesti adik (Sumayyah) nangis nak mama. Allahu.. hanya Allah saja tahu luluh hati ni berjauhan dengana anak,”tulisnya.

image is not available

Puteri Sarah berkata, dirinya amat merindui anak bongsunya hasil perkahwinan dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusof yang kini sudah memasuki hari keenam kuarantin.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata memohon orang ramai agar mendoakan anak perempuannya lekas sembuh dari wabak Covid-19.

“Missing this little girl so much. Doakan semua ya Sumayyah sembuh dari Covid-19. Ni kali kedua Sumayyah kena. Hari ini dah hari ke-6 kuarantin.
“Doakan semua ya,”pintanya.

image is not available

Rata-rata warganet turut mendoakan agar Sumayyah cepat sembuh dan sihat serta bebas Covid-19.

 

image is not available image is not available image is not available

Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana