SHAH ALAM, 19 DIS: Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) tahun depan dijadual berlangsung membuka tirainya pada 18 Februari.
Speaker DNS Lau Weng San memberitahu perasmian pembukaan sidang itu disempurnakan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor .

“Kita mahu sesuaikan dengan bulan puasa (Ramadan). Kita cuba elakkan bulan puasa untuk beri masa secukupnya untuk umat Islam menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan.
“Seperti biasa dewan bersidang sebanyak tiga kali setahun dan akan berlangsung 10 hari setiap sidang,” katanya ditemui selepas majlis penyerahan Program Bantuan Sekolah Selangor di sini petang tadi.
Menurutnya, selain perbahasan titah ucapan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, antara isu yang dijangka menjadi tumpuan pada persidangan berkenaan adalah banjir.
Sebelum ini, Weng San berkata beliau berpuas hati dengan prestasi perbahasan semua Ahli Dewan Negeri pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga DNS ke-15.
Beliau memaklumkan 104 soalan lisan berjaya dijawab selain empat rang undang-undang serta sembilan usul diluluskan.
The post Sidang Dewan Negeri Selangor tahun depan dijadual buka tirai 18 Februari appeared first on Selangorkini.

![[VIDEO] Sultan Selangor tidak berkenan tukar nama Universiti Putra Malaysia](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)