Sidang DNS zahir ucapan ulang tahun kepada Dr Mahathir

10 Jul 2025 • 5:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 10 JULAI: Pentadbiran Kerajaan Negeri menzahirkan ucapan dan doa selamat ulang tahun kelahiran ke-100 kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang mewakili seluruh ahli dewan negeri menzahirkan ucapan selamat ketika ucapan penangguhan Dewan Negeri Selangor bagi mesyuarat kedua penggal ke-3.

“Sempena hari ini, saya ingin mewakili seluruh ahli dewan ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir atas sambutan ulang tahun ke-100.

“Semoga diberikan kesihatan dan keafiatan. Walaupun ada perbezaan namun sumbangan dan jasa beliau kepada negara wajar kita hormati. Terima kasih,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor.

Tun Dr Mahathir merupakan perdana menteri ke-4 (1981-2003) dan ke-7 (2018-2020).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved