Sidang DUN Khas Johor: 'Tanya Menteri Besar' - Puad Zarkashi

LocalPolitics
17 May 2026 • 9:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sidang DUN Khas Johor: 'Tanya Menteri Besar' - Puad Zarkashi
Mohd Puad

JOHOR BAHRU - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini berkata, beliau belum dimaklumkan mengenai dakwaan sidang dewan khas bagi pembubaran DUN pada 24 Jun ini seperti yang dilaporkan media.

Beliau ketika dihubungi Bernama berkata, perkara itu lebih wajar disahkan sendiri oleh Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

"Tanya Menteri Besar, saya pun belum tanya Menteri Besar. Mungkin ada bajet tambahan untuk Bantuan Kasih Johor bagi golongan yang terlepas pandang,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Spekulasi mengenai sidang DUN khas yang dikaitkan dengan pembubaran DUN timbul selepas tular jemputan makluman awal kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) berhubung sidang berkenaan pada tarikh itu.

Semalam, Onn Hafiz yang juga Pengerusi BN Johor menerusi hantaran di Facebook mengumumkan BN akan bertanding di semua 56 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat Johor serta suara kepimpinan akar umbi UMNO dan BN Johor mengenai hala tuju parti menjelang pilihan raya berkenaan.

Penggal pentadbiran kerajaan negeri Johor dijadualkan berakhir pada April 2027.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved