Sijil Akademik Hilang Atau Dihanyut Banjir? Ini Cara Untuk Dapatkan Semula

1 Dec 2022 • 6:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tahukah anda sebenarnya ada cara untuk kita dapatkan semula sijil akademik milik kita yang pernah hilang atau dihanyutkan oleh banijr.

Mesti anda pernah mengalami perasaan takut ataupun cemas ketika menyedari sijil-sijil akademik anda hilang atau dihanyuti banjir, kan?

Mana tidaknya, sijil itu merupakan satu-satunya bukti pembelajaran anda, misalnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lepasan tingkatan 5 ataupun sijil- sijil lain yang berkaitan.

Tetapi, tahukah anda bahawa sijil ini boleh didapatkan semula daripada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui beberapa langkah yang perlu anda ikuti.

Langkah-langkah ini dikongsikan oleh seorang individu bernama @Az.Syuk dalam satu perkongsian di laman Twitter miliknya baru-baru ini.

Jadi, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang telah diberikan untuk mendapatkan sijil-sijil akademik anda semula.

1. Daftar masuk pautan

Yang pertama, anda perlu melayari pautan ini elp.moe.gov.my. Jadi, isikan alamat e-mel dan kata laluan bagi yang mempunyai akaun ini dan daftar akaun bagi yang pertama kali menggunakannya.

image is not available
Kredit: Az.Syuk

2. Pilih salinan keputusan.

Kalau anda mahukan semula sijil SPM, maka pilihlah SPM. Sama juga bagi kes sijil-sijil akademik yang lain seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain.

image is not available
Kredit: Az.Syuk

3. Tekan tanda ‘+’ pada bahagian atas kanan.

image is not available
Kredit: Az.Syuk

4. Lengkapkan maklumat pada ruangan permohonan baru.

Seperti yang difahami, isikan maklumat peribadi anda seperti jenis peperiksaan, nombor kad pengenalan diri dan seumpamanya seperti yang tertera.

image is not available
Kredit: Az.Syuk

image is not available
Kredit: Az.Syuk

5. Permohonan anda diproses dan ada sedikit caj yang dikenakan untuk permohonan ini.

image is not available
Kredit: Az.Syuk

 

Sumber: Az.Syuk