“Ke Hulu Ke Hilir Ngekor Menantu” – Netizen Tak Puas Hati Ibu Miera Liyana Yang Umum Nak Buat Sidang Media Kes Cerai Rosland Dengan Adibah

4 Aug 2023 • 10:25 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, suami kepada pelakon Miera Liyana, Rosland Othman,50, telah melafazkan cerai talak satu terhadap isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib setelah hampir 28 tahun mendirikan rumah tangga.

Usai urusan pengesahan cerai itu, ibu mentua Rosland, Aisah Abdullah yang menemani menantunya sepanjang di mahkamah memaklumkan bahawa mereka akan mengadakan sidang media dalam waktu terdekat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Kami akan membuat sidang media, harap boleh bekerjasama” maklum Aisah kepada wartawan dan media yang membuat liputan semalam.

Menjengah ke beberapa portal hiburan, ramai netizen bersimpati terhadap Adibah yang dianggap teraniaya di atas perpisahan itu.

Ada juga yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ibu Miera yang dianggap melebih-lebih dalam urusan kes itu.

image is not available image is not available

Difahamkan, Rosland mengambil keputusan untuk melafazkan cerai terhadap Adibah yang didakwa sering membuat kenyataan di media sehingga menjejaskan kehidupan dan kariernya selain sudah tiada perasaan sayang terhadap bekas isterinya itu.

Sekadar info, Rosland dan Adibah telah mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima orang cahaya mata yang berusia antara 11 hingga 26 tahun.

Rosland kemudian bernikah dengan pelakon Miera Leyana pada Julai 2020 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 19 hours ago

"Hari Ni Kamu Senyum, Semoga Berpuas Hati" - Suami Ceraikan Isteri Pertama, Warganet Bangkitkan Nama Miera Liyana